Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Remaja tekad ubah kehidupan selepas jalani latihan pemulihan akhlak

Aug 21, 2024 | 8:14 PM
Untuk meraikan pelatih pemulihan (RT) yang akan menamatkan program pemulihan mereka di Pusat Latihan Pemulihan (RTC) di Tanah Merah Besar Rd, “Fai” (paling kanan) adalah antara 14 RT yang menerima sijil dari Menteri Negara (Ehwal dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (dua dari kanan) semasa majlis di Pusat Latihan Pemulihan (RTC) pada 21 Ogos.
Untuk meraikan pelatih pemulihan (RT) yang akan menamatkan program pemulihan mereka di Pusat Latihan Pemulihan (RTC) di Tanah Merah Besar Rd, “Fai” (paling kanan) adalah antara 14 RT yang menerima sijil dari Menteri Negara (Ehwal dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara) Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim (dua dari kanan) semasa majlis di Pusat Latihan Pemulihan (RTC) pada 21 Ogos. - Foto ST

Seorang bekas samseng berusia 19 tahun, “Fai” (bukan nama sebenar), menitiskan air mata selepas bertemu dengan ibu dan neneknya di penjara.

“Semasa satu kunjungan di Pusat Latihan Pemulihan (RTC), saya lihat nenek saya menangis dan saya tidak menangis ketika itu.

“Bila saya kembali ke bilik kurungan saya menangis setelah merenung apa yang terjadi,” kongsi dia, yang telah didakwa merusuh.

Terletak di Tanah Merah Besar Road, pusat latihan pemulihan akhlak itu bertujuan memulihkan pesalah muda antara 14 hingga 21 tahun dan mempersiapkan mereka untuk disepadukan semula ke dalam masyarakat.

Fai merupakan antara 14 pelatih yang mengambil bahagian dalam majlis di Pusat Latihan Pemulihan Akhlak (RTC) pada 21 Ogos.

Majlis tersebut memberi para pelatih peluang menunjukkan komitmen mereka terhadap perubahan kepada orang tersayang, sekali gus membuka jalan untuk perdamaian, kata Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS).

Walaupun telah dibesarkan neneknya, “Fai” berkongsi bahawa sikapnya yang memberontak terdorong oleh kekurangan kasih sayang yang diterima daripada kedua ibu bapanya.

“Bapa saya meninggal dunia ketika saya berusia tiga tahun dan tugas penjagaan saya diserahkan kepada nenek saya selepas pemergiannya. Ketiadaan ibu membuatkan saya rasa terabai.

“Apabila saya melihat rakan-rakan saya dapat dakapan dan kasih sayang ibu bapa mereka, saya rasa terjejas. Dari situ, saya mula menjadi nakal dan mengikuti haluan sendiri,” kongsi “Fai”.

Bagaimanapun, setelah menyaksikan tangisan neneknya dan mengenangkan kekesalannya yang lalu, “Fai” amat terharu dan bertekad untuk mengubah hidupnya.

“Saya rindui saat bangun setiap hari untuk melihat keluarga saya. Saya mahu menghabiskan lebih banyak masa bersama mereka dan keluar bersama mereka pada hujung minggu.

“Apabila saya keluar (daripada RTC), saya tidak mahu kembali ke tempat itu lagi,” beritahu beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg