Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Bingkisan Ramadan wadah saham akhirat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ATTAWASOL INSANIY SINGAPURA

Bingkisan Ramadan wadah saham akhirat

Mar 22, 2024 | 05:30 AM



Attawasol Insaniy Singapura menyeru warga Muslim agar mengambil kesempatan dengan memberi melalui acara tahunan badan tersebut, Bingkisan Ramadan, agar sama-sama meraih pahala pada Ramadan yang suci ini.

Pengasas Attawasol Insaniy, Ustaz Dr Leyaket Ali Mohamed Omar, berkata:

“Ini tahun ke-19 kami menjalankan acara ini. Kami berharap Bingkisan Ramadan memberi kita peluang mengikut jejak Nabi saw dalam memberi dan beramal demi mendapatkan saham akhirat yang dijanjikan Allah swt.”


Katanya lagi, Ramadan merupakan bulan untuk kita tingkatkan ibadah sendirian. Namun, kita juga tidak boleh lupa dengan mereka yang memerlukan. Antara ibadah yang boleh kita lakukan adalah dengan memberi.

Sayyidina Ibnu Abbas ra mengatakan, “Adalah Nabi saw orang yang paling dermawan dalam kebaikan dan sifat dermawannya semakin bertambah pada bulan Ramadan tatkala malaikat Jibril menemui beliau untuk mengajarkan Al-Quran. Jibril as biasa mendatangi beliau setiap malam bulan Ramadan hingga berakhirnya bulan tersebut. Pada setiap malam itu Nabi senantiasa memperdengarkan bacaan Al-Qurannya kepada Jibril. Apabila Jibril as menjumpai beliau maka beliau sangat dermawan pada kebaikan melebihi angin yang berhembus.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).


“Ladang pahala pada bulan Ramadan terbuka luas jadi marilah kita mengambil kesempatan untuk menuai pahala dan keredaan Allah dari sudut apa pun.

“Setiap amalan fardu dan sunah pada bulan Ramadan dilipat gandakan dengan gandaan yang terlalu banyak!” kata Ustaz Dr Leyaket.

Attawasol Insaniy menawarkan beberapa khidmat iaitu:

* Pembacaan Al-Quran untuk Khataman secara individu dan jamak (untuk khidmat ini sijil tanda pelaksanaan pembacaan seluruh 30 Juzuk Al Quran atas nama-nama arwah (individu) dan qari akan dikirimkan pada akhir bulan Syawal kepada peserta menerusi pos.

* Tahlil Setiap Hari untuk arwah-arwah tersayang. Pembacaan setiap hari menjelang berbuka di pesantren.

Ustaz Dr Leyaket Ali menambah:

“Dengan sumbangan anda, kami mengagihkan hidangan sahur dan iftar kepada penerima di Indonesia, dan menyediakan lauk-pauk daripada daging kambing dan ayam. Sumbangan daging kambing disalurkan daripada kandang kami sendiri iaitu Attawasol Farm. Kami juga memberikan keperluan dapur dan kurma bermutu tinggi yang dikirimkan dari Singapura. Kami sendiri yang akan bersama-sama mengagihkan barang-barang ini.”

Bagi mengenal pasti mereka yang memerlukan, Attawasol Insaniy Singapura telahpun membuat lawatan ke tempat-tempat tersebut itu sendiri, dan memastikan mereka adalah penerima yang benar-benar memerlukan.

Tahun ini, senarai tumpuan adalah di tempat komuniti perkampungan pedalaman dan pergunungan di kawasan-kawasan berikut:

● Gunung Kidul, Sleman

● Panti Asuhan Daarut Taqwa (Rumah Anak Yatim kelolaan Attawasol Insaniy Singapore)

● Pesantren Daarut Tauhie

● Purworejo (Pesantren kerjasama Khidmat Khataman Al-Quran)

● Kota Bondowoso

● Kota Tangerang

● Penduduk kampung di Kepulauan Riau

● Pesantren Rubat Al-Ghanna, Banten

Semua khidmat Ramadhan akan tutup pada 1 April 2024 bersamaan 21 Ramadan 1445 Hijrah, kecuali fidyah dan wakaf Pembinaan Rumah Anak Yatim dan badal haji.

Untuk pertanyaan, hubungi talian 6344-6334, 9272-9132, 8874-8848, 9027-3547. Untuk tempahan dalam talian dan maklumat lanjut, sila lungsuri tinyurl.com/khataman2024.

Anda juga dapat melihat perkembangan pengagihan Attawasol Insaniy Singapura di laman Facebook: Attawasol Insaniy Singapore dan Instagram @attawasolinsaniy.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >