Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Encik Antony Blinken, akan membuat lawatan rasmi ke Singapura dari 30 hingga 31 Julai.
Lawatan ke Singapura itu adalah sebahagian daripada lawatannya ke enam negara Asia dari 24 Julai hingga 3 Ogos, yang turut merangkumi Vietnam, Laos, Jepun, Filipina dan Mongolia.
Semasa lawatan dua harinya, Encik Blinken akan bertemu Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong; Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong; dan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.
Encik Blinken juga akan mempengerusikan bersama Dialog Teknologi Kritikal dan Muncul (CET) Amerika-Singapura Yang Kedua bersama Penasihat Keselamatan Negara Amerika, Encik Jake Sullivan; Menteri Penerangan dan Pembangunan Digital, Cik Josephine Teo; dan Dr Balakrishnan.
Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) yang dikeluarkan pada 30 Julai, Encik Sullivan akan menghadiri dialog tersebut secara maya.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg