Perjalanan waktu sibuk Cik Simran Kaur tidak perlu difikirkan banyak.

Penuntut Universiti Teknologi Nanyang itu, 26 tahun, yang tinggal di Punggol, hanya perlu mengambil begnya lalu menuju ke stesen.

Perancangan awal tidak diperlukan untuk menaiki kereta api pada 8 pagi, kata Cik Kaur. Beliau kini sedang menjalani latihan amali di sebuah syarikat di Bugis.  

“Saya tahu kereta api akan datang dalam beberapa minit,” jelasnya, “jadi saya pergi ke platform dan tunggu.” 

Cik Kaur jarang sekali memikirkan tentang teknologi yang menggerakkan kereta api di sebalik tabir. Tetapi, beliau menganggap “teknologi seperti AI boleh (membantu) menambah baik (aspek seperti) perancangan perjalanan dan keselamatan sistem pengangkutan awam kita”. 

Seperti Cik Kaur, melebihi 70 peratus penumpang di Singapura percaya teknologi canggih boleh mempertingkatkan kemudahan, kecekapan dan keselamatan sistem kereta api, menurut satu tinjauan baru-baru ini. 

Tinjauan tersebut, ditugaskan oleh SPH Media dan SMRT, meninjau 1,010 penumpang pengangkutan di Singapura pada Februari 2026. Matlamatnya: untuk memahami pandangan penumpang Singapura terhadap penggunaan teknologi canggih seperti AI dan automasi dalam pengangkutan awam, serta keprihatinan dan jangkaan mereka.

Responden diperoleh daripada Rangkaian Khalayak Profil Kantar. Kantar merupakan sebuah syarikat penyelidikan pasaran berdikari. 

Teknologi Tinggi 

Kenyataannya tidak jauh daripada andaian responden tinjauan. Rangkaian MRT adalah sistem saling berhubung 24 jam – yang bergantung pada teknologi serta manusia, kata ketua pegawai kumpulan kejuruteraan SMRT, Encik Ang Hang Guan, 59 tahun.

Pengendali pengangkutan awam semakin menggunakan teknologi canggih seperti kecerdasan buatan dan automasi untuk menyokong operasi dan penyelenggeraan, katanya, walaupun “orang yang terlibat masih penting”. 

Penumpang sudah pun memikirkan tentang keseimbangan itu. Tinjauan yang sama mendapati bahawa keprihatinan utama di kalangan penumpang Gen Z, berusia 18 dan 29 tahun, dalam menggunakan teknologi canggih adalah potensi kekurangan pantauan manusia, berdasarkan 44 peratus responden dalam kumpulan umur ini. 

Cik Kaur berkata, walaupun beliau fikir AI kini digunakan, beliau juga percaya ada orang yang memantau sistem itu, tidak kira betapa canggihnya teknologi. 

“Saya tidak terkejut jika (pengendali kereta api) kini menggunakan AI untuk memudahkan pekerjaan mereka,” katanya. “Tetapi saya tidak fikir mereka harus bergantung 100 peratus kepadanya.” 

Cik Kaur, yang menggunakan alat seperti ChatGPT dan Microsoft Copilot bagi kededua latihan amali dan kerja sekolah, biasa dengan AI. Ini membuat beliau lebih menyedari tentang batasannya. 

Beliau merujuk kepada chatbot, sebagai contoh, yang memaparkan penafian untuk mengingatkan pengguna bahawa respons hasil AI mungkin mengandungi kesilapan.

Encik Ang setuju. “AI boleh membantu kita melakukan perkara tertentu dengan lebih pantas,” jelasnya. “Ia boleh membantu menyokong sesuatu keputusan (dan) mencadangkan penyelesaian tertentu kepada kita, tetapi pembuat keputusan muktamad (masih) manusia.” 

Beliau menekankan bahawa pendekatan pengendali terhadap teknologi bukanlah untuk menggantikan pekerja, tetapi mempertingkatkan keupayaan mereka untuk melakukan pekerjaan mereka dengan lebih berkesan. 

“Perkara membosankan dan menyusahkan (adalah perkara) yang kami mahu automasikan sebanyak mungkin,” katanya.

Sentuhan manusia

Jika penumpang lebih muda seperti Cik Kaur mungkin lebih kritikal terhadap batasan AI, penumpang lebih berusia seperti Cik Sai Jin Lee, 65 tahun, mempunyai pandangan lebih pragmatik terhadap penggunaan teknologi. 

Cik Sai menjelaskan bahawa beliau kurang mengambil berat tentang penggunaan teknologi berbanding dengan jaminan bahawa sistem itu akan terus berjalan lancar. 

“Asalkan ia boleh berfungsi, sudah okay,” kata guru tadika itu. 

Beliau kini sedang cuti sabatikal dan mengambil kursus diploma separuh masa dalam jurusan pendidikan awal kanak-kanak. Kursus ini diadakan tiga hingga empat kali seminggu. 

Cik Sai, yang tinggal di Bishan, mengambil kereta api untuk menghadiri kelas di Paya Lebar. Menurutnya, beliau sudah lama mengandaikan bahawa sistem kereta api sudah banyak diautomasi. 

Seperti beliau, tinjauan menunjukkan bahawa generasi ‘boomer’, yang berusia 62 tahun ke atas, percaya bahawa teknologi canggih sudah lama digunakan untuk mengurus operasi merentasi sistem pengangkutan. 

Kebimbangan terbesar mereka ialah kesannya terhadap penumpang. Sebanyak 51 peratus generasi ‘boomer’ lebih khuatir jika teknologi membuat keadaan lebih sukar buat warga emas dan orang yang kurang celik teknologi. Ini mengatasi kebimbangan mereka terhadap keselamatan siber, pengawasan manusia dan kesilapan teknologi. 

Sentuhan manusia adalah kunci dalam rangkaian pengangkutan awam, kata Encik Ang. Di stesen MRT, misalnya, ada kakitangan yang boleh membantu penumpang. 

Cik Kaur sedar beliau menganggap kecekapan yang dipacu teknologi ini remeh-temeh tatkala beliau menjalani program pertukaran musim panas di Alicante, bandar terbesar yang ke-10 di Sepanyol, Julai lalu. Di Singapura, kereta api biasanya tiba pada setiap dua hingga tiga minit semasa waktu-waktu sibuk. 

Trem Alicante pula tiba pada waktu tetap sepanjang hari. “Ada sekali itu, saya terlambat selama beberapa minit untuk menaiki trem pagi saya dan akhirnya, saya lambat,” katanya. Trem kemudiannya hanya tiba 15 hingga 20 minit kemudian. 

Pengalaman itu membuatnya lebih menghargai sistem pengangkutan awam Singapura, kata Cik Kaur. “Saya boleh bergantung pada sistem kereta api untuk membawa saya ke mana-mana (tepat pada masanya) dengan usaha kecil.”

 “Anda perlu berupaya menjaga pelbagai jenis orang.

“Tidak kira jika ia seseorang yang kehilangan anak, (atau seseorang yang mengalami) demensia – sentuhan manusia itu penting, dan ini sesuatu yang kami pentingkan,” beliau menambah.

Pada dasarnya, Encik Ang berkata, setiap penumpang mahu perkara sama. “Anda mahu dapat pergi (ke destinasi anda), anda mahu dapat menaiki kereta api dengan lancar,” katanya.

Sejajar dengan teknologi

Bagi SMRT, teknologi bukan sahaja boleh membuat sistem kereta api lebih canggih, kata ketua pegawai kumpulan kejuruteraan, Encik Ang Hang Guan, 59 tahun.  

Pendekatan pengendali terhadap teknologi, jelasnya, tertumpu kepada dua kunci utama: memastikan operasi kereta api selamat dan andal, di samping menyokong orang yang mengguna dan mengendalikan sistem tersebut. 

  1. Keselamatan: Sistem Kawalan Kereta Api Berdasarkan Komunikasi (CBTC) ialah sistem isyarat yang membolehkan kereta api menukar data kelajuan dan lokasi pada waktu sebenar dengan sistem trackside. Sistem trackside memantau lokasi kereta api di dalam zon, menghitung jarak keselamatan antara mereka dan memberi isyarat kepada kereta api untuk bergerak laju atau perlahan. Kini, digunakan di semua rangkaian MRT, sistem CBTC membolehkan selang masa kereta api yang lebih pendek, kurang dua minit di samping mengekalkan keselamatan, kata Encik Ang. 
  1. Kebolehpercayaan: Jarvis, platform analisis data SMRT, dimulakan pada Januari 2026. Ia menyokong pemeliharaan prediktif dengan mengesan isu-isu berpotensi awal dan membolehkan kejuruteraan memperbaiki keadaan sebelum gangguan berlaku. 
  1. Sokongan: Automasi dan robotik digunakan di Depoh Bishan untuk mengurangkan beban fizikal para pekerja dan memperbaiki produktiviti, kata Encik Ang. Kenderaan berpandu rel secara autonomi menggerakkan bahagian-bahagian keretapi api yang besar yang boleh mencapai berat sehingga 4,300kg antara stesen, supaya pekerja-pekerja tidak perlu mengalihkan peralatan berat secara manual. Bilangan kereta api enam gerabak yang boleh dibaik pulih dalam sebulan juga berganda daripada dua ke empat.
-

In Perspective merupakan program kandungan yang dipacu penyelidikan oleh SPH Media yang menggabungkan penceritaan berasaskan cerapan dengan perspektif pakar tentang isu-isu utama yang membentuk masyarakat.