SPH Media bawa intisari berita ke stesen MRT mulai separuh kedua 2026

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SPH Media bawa intisari berita ke stesen MRT mulai separuh kedua 2026

Jan 28, 2026 | 9:11 PM

SPH Media bawa intisari berita ke stesen MRT mulai separuh kedua 2026

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Singapore, SMRT, SPH Media, MOU, news
Acara Memorandum Persefahaman (MOU) antara SPH Media dan Stellar Lifestyle, SMRT dihadiri (dari kiri) Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SPH Media, Encik Kuek Yu Chuang; Pengerusi SPH Media Holdings & SPH Media Trust, Encik Khaw Boon Wan; Ketua Pegawai Eksekutif SPH Media, Encik Chan Yeng Kit; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SMRT Corporation, Encik Ngien Hoon Ping; Pengerusi SMRT Corporation, Encik Seah Moon Ming; serta Presiden Stellar Lifestyle, Encik Tony Heng. - Foto SMRT

Mulai separuh kedua 2026, para penumpang MRT boleh mendapatkan tajuk berita terkini akhbar The Straits Times (ST) dan akhbar harian Cina, Lianhe Zaobao, menerusi skrin digital yang dipasang di ruang legar dan platform stesen di empat laluan.

Buletin audio dan skrin digital yang memaparkan intisari berita dan mesin layan diri bagi membeli akhbar SPH Media yang lain seperti Berita Harian (BH) bagi mereka yang lebih suka membaca naskhah cetak fizikal akan disediakan, hasil perjanjian Memorandum Persefahaman (MOU) antara SPH Media dengan Stellar Lifestyle, sayap perniagaan SMRT.

MOU tersebut ditandatangani di Auditorium SPH Media, News Centre, pada 28 Januari.

Ketua Pegawai Eksekutif SPH Media, Encik Chan Yeng Kit, dalam ucapannya semasa majlis MOU tersebut berkata:

“Dalam dunia yang bergerak pantas dan dipenuhi maklumat palsu serta maklumat mengelirukan, maklumat yang tepat dan disampaikan tepat pada masanya amat penting untuk membantu orang ramai memahami peristiwa dan membuat pilihan.

“Disebabkan itu, kami berusaha menyediakan maklumat yang relevan dan boleh dipercayai kepada khalayak ramai di mana sahaja mereka berada, serta dalam format yang mereka gemari,” katanya.

Beliau turut berkongsi dalam tempoh setahun akan datang, SPH Media akan memperkenalkan In Perspective, sebuah program berteraskan penyelidikan yang dibangunkan bersama SMRT sebagai rakan kerjasama utama.

Program ini akan menampilkan penceritaan berasaskan data yang mencerminkan pandangan, perspektif dan jangkaan penumpang terhadap pengangkutan awam, dengan mengetengahkan isu utama melalui pendekatan penceritaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SMRT Corporation Ltd, Encik Ngien Hoon Ping, pula berkata pihaknya melihat nilai yang kukuh dalam kerjasama tersebut untuk meluaskan capaian kandungan berita yang berwibawa menerusi aset luar rumah (OOH) SMRT.

“Rangkaian dan ekosistem SMRT menyediakan platform yang berkuasa untuk mendekati pembaca dan khalayak ramai di mana mereka berada,” katanya.

Beliau menambah SMRT sedang memperkenalkan lebih banyak penyelesaian digital dan kecerdasan buatan (AI) bagi menyokong tenaga kerjanya, manakala SPH Media pula sedang memajukan penceritaan berasaskan data.

“Bersama-sama, kami mempunyai peluang untuk menceritakan kisah-kisah Singapura yang bermakna dengan cara yang baru dan menarik,” kata beliau.

“Kami berusaha menyediakan maklumat yang relevan dan boleh dipercayai kepada khalayak ramai di mana sahaja mereka berada, serta dalam format yang mereka gemari.”
Encik Chan Yeng Kit, Ketua Pegawai Eksekutif SPH Media.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg