Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Buat persiapan sambut Ramadan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID HASANAH

Buat persiapan sambut Ramadan

Lakar program seperti siri syarahan di beberapa masjid
di Singapura, program tahlil, pembahagian bubur dan
program khas qiamullail untuk remaja.
Feb 25, 2024 | 05:30 AM



Salah satu pintu yang dibuka oleh Allah swt untuk melipatgandakan pahala seseorang semasa Ramadan ialah orang itu berinfak di samping amalan lain.


Amalan ini amat dianjurkan Islam, lebih-lebih lagi dalam Ramadan yang penuh barakah. Allah dan Rasul-Nya amat mengasihi umat Islam yang dermawan serta pemurah.

Antara peluang yang terbuka ialah memberi sumbangan wang kepada dana infak, wakaf Masjid Hasanah yang telah mengatur program menyemarakkan ibadah dalam Ramadan.

Masjid Hasanah telah melakarkan program seperti siri syarahan di beberapa masjid di Singapura, program tahlil dalam Ramadan, pengagihan bubur dan program khas qiamullail untuk remaja.

Dalam mempersiap tenaga kerja menyambut Ramadan, Masjid Hasanah mengatur langkah termasuk menganjurkan program merangsang semangat warga kerja dan sukarelawannya dalam menjalankan tugas mereka.

Program sesi 4i (Iman, Ihsan, Ilmu & Islah) – bagi memberi ilmu dari segi kerohanian dan membina minda para peserta ke arah semangat bersatu – telah diadakan di Masjid Hang Jebat pada 16 Februari atas usaha Masjid Hasanah dan Masjid Hang Jebat.


Lebih 40 sukarelawan termasuk warga kerja kedua-dua masjid menghadirinya. Program diisi dengan kegiatan berkumpulan dan ceramah oleh Ustaz Jamaluddin Abdul Wahab yang menyentuh ciri-ciri mencapai keikhlasan.

Antara yang dikongsi ialah bersikap benar dalam apa jua yang dilakukan dan bersungguh-sungguh dengan niat apa yang dilakukan itu semata-mata kerana Allah swt.


Ia juga diisi dengan kegiatan yang menggalakkan kumpulan peserta memikirkan bagaimana mereka dapat membina bangunan dan mempromosikan rekaan yang mereka cipta, dan mengambil iktibar daripadanya.

Encik Deni Suryadi, 44 tahun, seorang jurutera, berkata kegiatan seperti itu boleh mencapai tujuan bagi pengumpulan derma untuk infak atau wakaf untuk kemajuan masjid.

Katanya, kerjasama antara masjid amat perlu dan ini akan dapat mengeratkan ukhuwah Islamiah sesama pekerja dan sukarelawan.

Seorang lagi peserta, Farhana Firoj Ahmed, 17 tahun, berkata sebagai seorang Muslim berbangsa India, program itu memberi beliau peluang meraih pengalaman di samping mempelajari budaya dan adat orang Melayu.

Bagi menampung kegiatan, Masjid Hasanah turut mengusahakan program pengumpulan derma. Antaranya termasuk penjualan kuih Raya.

Masjid Hasanah mengalu-alukan derma termasuk infak untuk menjayakan programnya.

HULUR SUMBANGAN


Cara menyumbang kepada Masjid Hasanah:

1. PayNow ke UEN: S70MQ0042B.

2. Pemindahan bank ke dalam akaun OCBC 591-070164-001. Isi di ruang ‘rujukan’ dengan ‘wakaf’ atau ‘infak’. Jika anda inginkan resit, sila isi borang di www.linktr.ee/hasanahmosque

3. Melalui cek atas nama ‘LPM Hasanah’ dan poskan ke alamat Masjid Hasanah, 492 Teban Gardens Road, Singapura 608878. Tulis nama, alamat dan nombor telefon anda di belakang cek.

4. Maklumat lanjut boleh didapatkan dengan menghubungi pejabat Masjid Hasanah di talian 6561-7990, Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5 petang; Sabtu & Ahad, 9 pagi hingga 1 tengah hari.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >