Kanak-kanak berusia 13 tahun, Riril Firdaus, yang dilaporkan hilang pada 9 September di kawasan Hougang, telah berjaya ditemui.

Ini menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh polis sekitar jam 12 tengah hari pada 10 September.

Pada 9 September, polis berkata ia sedang memohon maklumat orang ramai berhubung keberadaan budak lelaki itu.

Sebelum itu, dia kali terakhir dilihat di kawasan Hougang, Lorong Napiri pada 8 September, sekitar 5 petang.