Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Budak 5 tahun pecah rekod warga termuda S’pura daki Khemah Induk Everest

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Budak 5 tahun pecah rekod warga termuda S’pura daki Khemah Induk Everest

Apr 29, 2024 | 10:07 PM



Harapan Abyan Imtiaz Irkiz untuk menempa nama sebagai warga Singapura termuda mencapai Khemah Induk Everest menjadi kenyataan setelah dia dan ayahnya, Encik Zikri Ali, selamat sampai ke lokasi itu pada 29 April.

Malah, si cilik berusia lima tahun itu dilaporkan mencapai Khemah Induk Everest – yang terletak lebih 5,300 meter di atas paras laut – dua hari lebih awal daripada dirancang.

Dalam laporan Berita Harian (BH) pada 21 April, Encik Zikri berkongsi mereka menyasarkan untuk mencapai Khemah Induk itu pada 1 Mei.


Pencapaian tersebut disahkan Presiden Buku Rekod Singapura, Encik Ong Eng Huat, kepada ibu Abyan, Cik War War Lwin Tun, sekitar 10 malam pada 29 April.

Abyan memecahkan rekod sebelum ini yang disandang Om Madan Garg pada 2022 ketika dia berusia enam tahun.

Manakala Carter Dallas, warga Scotland, memegang rekod dunia sebagai budak termuda ke Khemah Induk Everest ketika berusia dua tahun pada Oktober 2023.

Dalam satu hantaran Instagram yang dimuat naik @abyan.irkiz pada 29 April, ia memaparkan pasangan ayah dan anak itu berada di hadapan papan tanda Khemah Induk Everest.







“Segala keringat, air mata dan dedikasi sepanjang enam bulan lalu, termasuk latihan semasa Ramadan, telah membawa kepada pencapaian yang hebat ini.

“Abyan telah secara rasmi mencipta sejarah sebagai ‘Warga Singapura termuda untuk sampai ke Khemah Induk Everest’ dalam masa lapan hari,” tertera hantaran itu.

Pasangan ayah dan anak itu tiba di Kathmandu, Nepal, pada 20 April dan berlepas ke Lukla – pekan yang harus dilalui pendaki sebelum memulakan perjalanan pendakian – pada hari berikutnya untuk menuju ke Khemah Induk Everest pada 22 April.

Ketika dihubungi BH melalui panggilan telefon, Cik War War menjelaskan beliau menerima mesej daripada Encik Zikri sekitar 7.15 petang, 29 April, mengenai pencapaian menggembirakan itu.


“Saya kali terakhir berhubungan dengan Zikri pada 28 April dan beliau memaklumkan hari tersebut sangat melelahkan beliau dan Abyan.

“Setelah kembara berjalan kaki secara berturut-turut dan perubahan ketinggian yang ketara, mereka berdua rasa amat loya tetapi apabila diperiksa tahap oksigen, semuanya okay,” ujar beliau.

Cik War War menambah beliau sedang menantikan maklumat lanjut daripada suami dan anaknya itu memandangkan hubungan Internet di lokasi tersebut tidak begitu baik dan kerap terputus-putus.

Awal daripada itu, pasangan ayah dan anak itu berkongsi kepada BH bahawa mereka berlatih empat hingga lima kali seminggu dan latihan merangkumi pelbagai aspek – pendakian tangga, kembara berjalan kaki untuk jarak jauh atau mendaki bukit di sini seperti di Bukit Timah.


Encik Zikir menambah beliau telah membelanjakan hampir $10,000 untuk merealisasikan hajat anaknya itu dan menggunakan khidmat pengendali tempatan untuk urusan perancangan perjalanan di sana.

Beliau juga memastikan segala langkah-langkah keselamatan diambil sebaik mungkin – seperti membawa alat ukur oksigen dan ubat sakit ketinggian.

“Pengembaraan ini adalah peluang bagi pelajaran kehidupan, jadi ini sesuatu yang tidak boleh dilepaskan,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >