Seorang kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun yang dilaporkan hilang di Punggol sejak 14 November kini sudah ditemui, menurut kemas kini oleh Pasukan Polis Singapura (SPF) pada 16 November.
Polis sebelum ini mengeluarkan kenyataan memohon maklumat berhubung keberadaan Nur Adeeva Salam yang kali terakhir dilihat di kawasan Blok 322D Sumang Walk sekitar 1:50 petang pada 14 November.
Mereka yang mempunyai maklumat telah diminta menghubungi talian 1800-255-0000 atau menerusi www.police.gov.sg/i-witness.
Semua maklumat akan dirahsiakan sepenuhnya, menurut pihak polis.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg