Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Budak lelaki dicekik, tidak sedar diri akibat permainan merbahaya

MOE beri amaran tentang cabaran permainan berisiko dalam talian yang berpotensi bawa maut
Mar 4, 2025 | 3:04 PM
Seorang budak lelaki remaja kelihatan dicekik oleh kawannya dalam satu permainan merbahaya yang berisiko tinggi.
Seorang budak lelaki remaja kelihatan dicekik oleh kawannya dalam satu permainan merbahaya yang berisiko tinggi. - Foto TANGKAP LAYAR TIKTOK/RUNNERKAO

Seorang budak lelaki remaja berpakaian seragam yang dikatakan Sekolah Menengah St Hilda’s telah dirakam dalam satu video sedang mencekik seorang budak lelaki lain dari belakang.

Menurut pencipta kandungan Runner Kao, yang menerima video itu daripada salah seorang pengikutnya, remaja tersebut dikatakan sedang “melakukan permainan mencekik”.

Bagaimanapun, pengikut itu tidak memberikan konteks lanjut kepada insiden tersebut dalam mesej mereka, termasuk bila dan di mana ia berlaku.

Hantaran video yang ditunjukkan tanpa mengeluarkan rakaman penuh kejadian itu, kerana ia dikatakan “amat menggerunkan untuk ditonton”.

Runner Kao telah menyiarkan beberapa tangkap layar video tersebut dan menerangkan apa yang berlaku dalam video TikTok bertarikh 1 Mac itu.

Video itu sudah diturunkan oleh Runner Kao dari akaun TikToknya.

Menurut tangpkapp layar tersebut, budak lelaki yang ‘dicekik’ itu kelihatan duduk di atas sebuah bangku, manakala pelaku merehatkan kededua lututnya di bangku yang sama.

Dalam satu tangkap layar, budak lelaki yang dicekik boleh dilihat menggunakan jari dan menepuk siku pelaku, sebagai isyarat agar aktiviti ganas itu dihentikan.

Bagaimanapun, pelaku remaja itu enggan melepaskannya sehingga budak lelaki yang dicekik itu kelihatan “tidak sedarkan diri”.

Selain itu, pelaku kelihatan terus “ketawa histeria bersama rakan-rakannya di sekelilingnya di tandas”, sedang budak lelaki yang dicekik itu menjadi lemas, kata Runner Kao yang memberi komen tentang tengkap layar yang dikongsi.

Walaupun budak lelaki yang dicekik itu akhirnya sedar, Runner Kao memberi amaran kepada penontonnya, terutamanya para pelajar, terhadap aksi merbahaya sedemikian.

“Permainan sedemikian boleh memberi kesan yang sangat serius, seperti kerosakan otak,” kata pencipta kandungan itu.

Sejurus perkongsian itu, Kementerian Pendidikan (MOE) mengeluarkan kenyataan di platform Gerbang Ibu Bapa (Parents Gateway) pada 3 Mac memberi amaran kepada ibu bapa bertajuk “Menjaga Keselamatan Anak Kita — Mengurus Cabaran Berisiko Dalam Talian”.

Dalam kenyataan itu, MOE memberi amaran kepada ibu bapa bahawa terdapat “beberapa permainan berbentuk cabaran yang menjadi trend dalam talian”, yang menggalak kanak-kanak terlibat dalam tingkah laku berisiko.

Dua daripada cabaran tersebut ialah “Cabaran Blackout”, permainan mencekik yang menyekat oksigen menyalur ke otak, dan “Cabaran Skull Breaker”, yang melibatkan dua orang menendang kaki orang ketiga, yang boleh menyebabkan orang ketiga itu terjatuh dan kepalanya terhentak.

“Memandangkan ia merbahaya dan berpotensi membawa maut, kami membawa perkara ini kepada perhatian anda supaya anda boleh mengawasi anak-anak anda sekiranya mereka mencuba cabaran sedemikian, sama ada sebagai gurauan atau sebaliknya,” kata MOE.

Kementerian itu menambah bahawa pelajar diingatkan melalui pendidikan Kesihatan Siber untuk tidak mengambil bahagian dalam cabaran sedemikian, menentang tingkah laku merbahaya, dan mendapatkan bantuan daripada orang dewasa yang dipercayai, seperti guru dan ibu bapa, apabila diperlukan.

Pada masa yang sama, MOE juga meminta kerjasama daripada ibu bapa untuk memainkan peranan aktif dalam membimbing anak-anak mereka membuat keputusan yang selamat dan bertanggungjawab tentang cabaran berisiko dalam talian.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg