Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Buku ‘Hijab’ tampilkan pengalaman 23 wanita

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Buku ‘Hijab’ tampilkan pengalaman 23 wanita

Jan 10, 2024 | 05:30 AM



Topik hijab terus menjadi topik perbualan dalam masyarakat Islam di Singapura, dan isu ini dibukukan baru-baru ini dalam sebuah naskhah berjudul Hijab.


Hijab, terbitan Helang books dan usaha Cik Hidayah Amin pengasas syarikat itu, bertujuan menonjolkan perkongsian wanita-wanita daripada pelbagai lapisan masyarakat di Singapura dan juga di luar negara, termasuk dua catatan wanita yang bukan Islam.


Menurut Cik Hidayah, buku itu berjaya mendapatkan penyertaan dari 14 warga Singapura, satu dari Australia dan lapan dari Malaysia.

Cik Hidayah yang belum berhijab berkata, beliau ingin mengetengahkan isu-isu yang dihadapi mereka yang bertudung (berhijab) dengan berkongsikan pengalaman dan perjalanan peribadi mereka sendiri. Muka depan buku Hijab melampirkan gambar Cik Hidayah bertudung-lingkup, sebagai komitmennya terhadap mengedepankan isu wanita yang berhijab atau ingin berhijab.


“Saya terpanggil untuk mengumpul cerita-cerita ini setelah berbincang dengan teman saya, Dr Nadiah Hashim, yang berpangkalan di United Kingdom (U.K). Kami pengasas Singapore Muslim Students Overseas (SMSO) sewaktu saya belajar di Universiti Cambridge, dan Nadiah pada masa itu melanjutkan pelajaran di Imperial College.

“Setelah mendengar perbincangan antara Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli, dan Anggota Parlimen (AP) Encik Faisal Manap pada Mac 2021 tentang isu ini di sidang Parlimen, Nadiah menggalakkan saya mengupas dan menerbitkan buku tentang hijab untuk menyebarkan kesedaran tentang isu ini,” terang Cik Hidayah.

Antara penulis yang turut menyumbang dalam ‘Hijab’ termasuk mantan penyanyi muzik pop kelahiran Singapura, Cik Maizurah Hamzah, yang kini bermastautin di Malaysia bersama keluarganya.

Dalam nukilannya, Cik Maizurah mengaku beliau mengambil masa yang agak lama untuk berjinak-jinak dengan memakai tudung kerana tidak pernah memakainya sebelum ini. Malahan menurutnya, pertama kali beliau mencuba bertudung ialah apabila beliau mendapat tawaran berlakon sebagai wanita berhijab.

“Pada waktu itu, ramai yang mengenakan fesyen hijab, dan saya pun mencuba beberapa jenis hijab. Saya juga lebih terbuka hati untuk mempelajari tentang agama, tetapi untuk memakai hijab pada masa itu, belum lagi…” kata Cik Maizurah, 52 tahun. Beliau juga telah menulis buku bersiri kanak-kanak SuperZickr sebelum ini setelah melahirkan anak pertamanya.


Hijab dilancarkan pada 26 November di Perpustakaan Negara Singapura, sempena Pesta Penulis Singapura. Ia boleh didapati dari kedai buku Wardah dan Kinokuniya.


Ia juga menyertakan hasil tinjauan ‘Perspektif wanita Muslimah tentang hijab’ oleh Cik Dian Sofia Azman yang telah mengumpulkan respons daripada lebih 1,000 peserta dan belum diterbitkan sebelum ini. Tinjauan itu bertujuan mencatatkan isu yang dihadapi wanita Islam di Singapura dan membantu menangani isu dan mengurangkan diskriminasi di tempat kerja yang dialami sesetengah wanita berhijab.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >