Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Pemain wanita Islam pertama berhijab dalam Piala Dunia Wanita 2023

Aug 07, 2023 | 05:31 AM



Gadis dan wanita Islam memakai hijab sebagai mempamerkan kesopanan, tetapi ia tidak selalu dialu-alukan di padang bola sepak.

Malah pemakaian hijab telah diharamkan oleh badan induk bola sepak, Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) sehingga 2014, apabila mereka membenarkan pemain memakainya atas sebab agama.

Kini, sembilan tahun kemudian, Nouhaila Benzina mencipta sejarah menjadi pemain Islam pertama bertudung dalam pertandingan Piala Dunia Wanita.

Pemain pertahanan berusia 25 tahun itu, bermain untuk pasukan Maghribi ketika mereka menewaskan Korea Selatan 1-0 sebelum ini.

Cik Amna Abdullatif dari kumpulan peminat The Three Hijabis berkata “sangat penting” untuk melihat pemain memakai hijab di pentas yang begitu besar.


Beliau memberitahu BBC Asian Network bahawa Benzina “mewakili ramai daripada kita yang tidak pernah menyangka kita akan melihat ini”.


“Ramai wanita Islam telah menyatakan betapa besar maknanya. Betapa bermaknanya kepada anak-anak mereka, membesar untuk melihat perwakilan itu di pentas dunia.”

Tetapi hijab dalam bola sepak dan jalannya ke Piala Dunia Wanita, mempunyai sejarah yang panjang dan rumit.

Canada pada 2007

Kira-kira 16 tahun lalu, apabila Asmahan Mansour, ketika itu berusia 11 tahun, berbaris bersama rakan sepasukannya untuk bermain di Canada.

Namun sebelum wisel pengadil dibunyikan untuk memulakan permainan, perlawanan Asmahan telah tamat.

Pegawai pertandingan memberitahunya, beliau perlu menanggalkan hijabnya jika mahu bermain, kerana ia melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Fifa pada masa itu.

Isu itu dibawa ke Persatuan Bola Sepak Canada dan kemudian kepada Fifa sendiri, yang patuh pada larangan itu dan juga membuat dasar rasmi mengenainya.

Mereka berkata, risiko kecederaan yang ditimbulkan dengan memakai penutup kepala semasa bermain bola sepak adalah terlalu besar.

Mereka yang berkempen berkata, berjuta-juta gadis di seluruh dunia dinafikan peluang mereka bermain permainan yang sering dianggap sebagai “untuk semua orang”.

Justeru, usaha tersebut mula menghasilkan beberapa persetujuan membenarkan wanita Islam bermain dengan memakai tudung.

Terdapat juga gesaan daripada masyarakat Sikh di Canada, agar larangan pemakaian serban ditarik balik.

Perjanjian tercapai

Pada 2010, satu perjanjian telah dipersetujui – dengan pasukan bola sepak wanita Iran percaya mereka akan dibenarkan bermain dalam Sukan Olimpik Belia.

Badan-badan sukan Iran berkata gadis-gadis itu boleh memakai topi yang menutup rambut mereka tetapi tidak boleh menutup leher mereka.

Tetapi pada 2011, pasukan wanita Iran menarik diri daripada perlawanan kelayakan Olimpik sebagai tanda bantahan, apabila mereka dilarang memakai tudung walaupun sudah dipersetujui.

Pegawai bersetuju dengan percubaan keselamatan selepas Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) dan tokoh berpengaruh seperti Putera Ali bin al-Hussein dari Jordan terlibat.

Diharamkan di Perancis

Pada 2014, Fifa secara rasmi memberi kuasa kepada pemain lelaki dan wanita untuk memakai penutup kepala atas sebab agama semasa perlawanan.

“Ia akan menjadi penutup kepala asas dan warnanya harus sama dengan jersi pasukan,” kata setiausaha agung Fifa, Jerome Valcke.

Dua tahun kemudian, pada 2016, pemain Islam memakai tudung semasa acara Fifa buat kali pertama di Piala Dunia Wanita Bawah 17 Tahun di Jordan.

Bagi kebanyakan orang, ini merupakan satu kemajuan dan detik Piala Dunia Benzina dilihat sebagai satu lagi langkah ke arah keterangkuman oleh penyokong.

Tetapi beberapa liga bola sepak negara, masih mempunyai sekatan melibatkan penutup kepala.

Sebuah mahkamah tertinggi di Perancis baru-baru ini, menolak percubaan pemain Islam untuk membatalkan larangan hijab Persekutuan Bola Sepak Perancis.

Hakim berkata bos sukan mempunyai hak untuk menentukan peraturan berpakaian ke atas para pemain, mencerminkan undang-undang ketat Perancis yang direka untuk memisahkan agama dan kehidupan awam.

Cik Amna berkata, untuk masa mendatang, masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk wanita dalam permainan.

“Tetapi ia tidak sepatutnya dilakukan oleh wanita Islam sahaja untuk berkempen dalam usaha ini,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >