Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bumbung OTH terbakar semasa pertunjukan bunga api Tahun Baru

Jan 1, 2026 | 3:02 PM
fire, OTH, our tampines Hub
Kebakaran itu melibatkan sebahagian kecil kawasan rumput taman yang terletak di bumbung bangunan tersebut. - Foto ST

Satu kebakaran berlaku di bahagian bumbung Our Tampines Hub (OTH) pada 1 Januari semasa pertunjukan bunga api Tahun Baru 2026.

Dalam video yang dimuat naik oleh Sgfollowsall di Instagram pada pagi itu, api kelihatan di atas bumbung bangunan itu, berlatarbelakangkan pertunjukan bunga api yang sedang berlangsung.

Dalam satu video lain yang dikongsi di Facebook, orang ramai dilihat berada beberapa tingkat di bawah lokasi kebakaran.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka menerima panggilan mengenai kebakaran di 1 Tampines Walk, pada 12.05 tengah malam.

OTH merupakan salah satu daripada tujuh lokasi sambutan akhir tahun di estet kejiranan – termasuk Boon Lay, Keat Hong, Marsiling, Nee Soon, Punggol dan Woodlands – yang memaparkan pertunjukan bunga api.

Kebakaran itu melibatkan sebahagian kecil kawasan rumput di taman bumbung bangunan tersebut, lapor The Straits Times (ST).

Punca kebakaran sedang disiasat dan tiada kecederaan dilaporkan, kata SCDF dalam satu kenyataan.

Seorang jurucakap OTH berkata kebakaran itu dikesan dan dipadamkan oleh Pasukan Respons Kecemasan Masyarakat (Cert) Persatuan Rakyat (PA) yang berada di sana, bersama SCDF.

Sebahagian kecil kawasan rumput yang terjejas telah ditutup sementara pemeriksaan keselamatan dijalankan.

“Our Tampines Hub sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk menjalankan pemeriksaan (menyusuli) insiden ini dan akan melaksanakan langkah tambahan yang diperlukan bagi mempertingkatkan protokol keselamatan,” kata jurucakap itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg