Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Busana anggun dan praktikal, undang pandang pada musim Raya 

Feb 21, 2025 | 5:30 AM
Konsep gabungan baju kurung seperti padanan baju berwarna biru denim di bahagian atas, dengan kain songket di bahagian bawah, turut disukai oleh kebanyakan pelanggan Sultanah Bridal & Boutique.
Konsep gabungan baju kurung seperti padanan baju berwarna biru denim di bahagian atas, dengan kain songket di bahagian bawah, turut disukai oleh kebanyakan pelanggan Sultanah Bridal & Boutique. - Foto SULTANAH BRIDAL & BOUTIQUE

Berpandukan kepada fokus rekaan versatil, Sultanah Bridal & Boutique, memperkenalkan koleksi busana Raya 2025 dengan rekaan unik, yang tidak hanya terserlah anggun, malah cukup praktikal dipakai secara kasual.

Pemilik Sultanah Bridal & Boutique, Cik Sultanah Hussien, berkata rekaan kasual ini memberi keselesaan optimum, tanpa mengorbankan gaya, terutama dalam cuaca panas pada musim perayaan nanti.

“Rekaan koleksi kali ini tampil lebih berani, sesuai buat kaum wanita bekerja dan gadis atau wanita yang gemarkan kelainan.

“Sekiranya ia bukan musim Hari Raya, busana ini masih boleh dipakai untuk ke pejabat.

“Kami menggabungkan antara baju kurung, kebaya moden pendek dan lain-lainnya.

“Tahun ini (2025), kami bawakan pilihan warna biru denim dan coklat moka sebagai pilihan utama.

“Antaranya, anda boleh dapatkan baju kurung berwarna biru denim pada bahagian atas, dengan gabungan kain songket pada bahagian bawah.

“Kebanyakan pelanggan menyenangi konsep gabungan seperti ini.

“Sekiranya pelanggan berasa bosan, mereka boleh menggayakan bahagian baju atas dan bawah secara berasingan.

“Contohnya, bahagian atas baju kebaya, boleh digayakan dengan skirt berwarna hitam. Ia lebih versatil atau serba boleh,” jelas Cik Sultanah yang sudah 35 tahun berkecimpung dalam industri fesyen.

Sehubungan itu, kejayaan Sultanah Bridal & Boutique selama ini turut disertakan dengan sokongan pelanggan setia seperti Cik Harti Sabini, 56 tahun, yang mula menggunakan khidmat butik itu sejak 2008.

Cik Harti menjelaskan, meskipun terdapat pelbagai pilihan butik fesyen, beliau tetap selesa berurusan dengan butik ini kerana keistimewaan yang sukar ditemui di tempat lain.

Setiap kali melangkah masuk ke butik ini, Cik Harti tidak perlu risau untuk mencari pilihan tepat kerana Sultanah Bridal & Boutique begitu mengenali cita rasa fesyen pilihannya.

“Ada pelbagai butik di Singapura ini, tetapi tidak semua mampu menawarkan perkhidmatan terbaik seperti Sultanah Bridal & Boutique. Ia bukan sahaja memiliki busana eksklusif, bahkan tahu apa yang saya inginkan.

“Setiap kali berkunjung ke sini, saya terasa seakan seorang VIP kerana layanan mesra yang diberikan, lebih-lebih lagi apabila mereka arif tentang pilihan sesuai untuk saya.

“Inilah yang membuatkan saya kembali ke sini setiap tahun,” kata Cik Harti, yang hampir 17 tahun menjadi pelanggan setia Sultanah Bridal & Boutique.

Selain daripada perkhidmatan cemerlang, Cik Harti juga menyukai setiap koleksi Sultanah Bridal & Boutique yang bermutu, menjadikan ia pilihan utama individu yang mengutamakan penampilan bergaya.

“Saya sering mendapat jemputan ke majlis di luar negara seperti di Jakarta atau Kuala Lumpur. Saya berasa bertuah kerana dapat menggayakan busana milik Sultanah Bridal & Boutique yang senantiasa menyerlah.

“Rekaannya bukan sahaja bergaya, malah dihiasi elemen penyeri seperti manik dan kemasan teliti, sekali gus menambahkan nilai estetik terhadap setiap koleksi yang dikeluarkan.

“Lebih istimewa lagi, koleksi yang saya simpan sebelum ini, masih boleh dipakai sehingga sekarang, membuktikan busana butik ini sangat bermutu dan mampu bertahan lama.

“Butik ini sentiasa mengutamakan perkhidmatan terbaik, bermutu dan mengekalkan hubungan istimewa dengan pelanggan setia.

“Secara keseluruhannya, saya sangat berpuas hati dengan perkhidmatan mereka,” tambah Cik Harti.

SEKILAS

Kunjungi Sultanah Bridal & Boutique di City Plaza #01-84, 810 Geylang Road, Singapura 409286.

Dibuka setiap hari dari 11.30 pagi hingga 7.30 malam. Pada bulan Ramadan, kedai beroperasi dari 12.30 tengah hari hingga 8.00 malam.

Hubungi talian 6744-5500 atau WhatsApp talian 9836 5583 untuk pertanyaan atau tempahan.

Layari https://www.sultanah.com.sg dan ikuti Facebook @sultanahbridal dan Instagram @sultanah_bridal untuk melihat koleksi busana eksklusif Sultanah Bridal & Boutique.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg