Butik Sultanah kekalkan tradisi, seiring fesyen gaya moden

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Butik Sultanah kekalkan tradisi, seiring fesyen gaya moden

Pemilik Sultanah Hussein, beri sentuhan peribadi pada setiap tempahan, tentukan jenis fabrik terbaik, pastikan mutu pakaian terjamin, gaya anggun dan kontemporari
Mar 6, 2026 | 5:30 AM

Butik Sultanah kekalkan tradisi, seiring fesyen gaya moden

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Sultanah Bridal & Boutique, baju raya, hari raya 2026, fesyen
Rona biru muda koleksi baju Melayu Sultanah Bridal & Boutique mencuri perhatian ramai bagi Hari Raya 2026. - Foto SULTANAH BRIDAL & BOUTIQUE

Sejak dibuka pada 2002, Sultanah Bridal & Boutique telah menjadi pilihan utama penggemar fesyen Melayu di Singapura.

Kini bertempat di City Plaza, butik milik Cik Sultanah Hussein ini terkenal dengan sentuhan peribadi dalam setiap rekaan dan tempahan pelanggannya.

Pada 2026, butik ini menampilkan warna segar seperti biru muda dan rona coklat, selari dengan trend fesyen semasa.

Koleksi wanitanya menampilkan baju kurung yang dihiasi sulaman, renda berlapis, manik-manik dan mutiara halus.

Di Sultanah Bridal & Boutique, koleksi baju Melayunya direka khas untuk lelaki yang ingin mengekalkan tradisi sambil menampilkan gaya moden.

Setiap set disertakan dengan samping berwarna-warni dan kocek praktikal, menjadikannya sesuai dipakai ketika perayaan, di majlis keluarga, dan semasa kunjungan formal.

Menurut Cik Sultanah, pakaian tradisional bukan sahaja mengekalkan warisan budaya, malah membolehkan pemakainya menonjol dengan gaya anggun dan kontemporari.

Dengan sentuhan rekaan teliti, setiap helai pakaian Sultanah Bridal & Boutique direka untuk memberi keselesaan tanpa mengorbankan penampilan, menjadikan baju Melayu Sultanah Bridal & Boutique pilihan ideal bagi kaum lelaki yang ingin tampil bergaya namun tetap menghargai nilai tradisi.

Butik itu juga menyediakan pelbagai pilihan pakaian lain, termasuk kebaya kerancang, kebaya Nyonya, baju kurung moden, serta rekaan khusus untuk remaja.

Setiap koleksi dihasilkan dengan teliti, menggunakan fabrik bermutu tinggi yang dipilih sendiri oleh Cik Sultanah.

Beliau bekerjasama dengan penjahit berpengalaman bagi memastikan setiap helai pakaiannya menepati cita rasa pelanggan.

“Butik Sultanah mendapat inspirasi rekaan daripada pelanggan setia serta penggemar fesyen terkini daripada pelbagai lapisan masyarakat.

“Pendekatan ini membolehkan kami menghasilkan pakaian unik, moden, memikat hati, dan sesuai untuk semua,” ujar beliau.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan rekaan eksklusif, Sultanah Bridal & Boutique Sultanah juga menerima tempahan khas.

Bagi Hari Raya, tempahan biasanya dibuka tiga bulan sebelum Ramadan untuk memastikan setiap pelanggan menerima rekaan sempurna dan selesa dipakai sepanjang perayaan.

Menurut Cik Sultanah, setiap tempahan diberikan sentuhan peribadi.

Beliau sendiri menentukan jenis fabrik yang digunakan dan memilih pembekal khas bagi memastikan mutu pakaian terjamin.

Ia termasuk pemilihan sulaman, renda, manik-manik dan mutiara yang menghiasi setiap rekaan, bagi menambahkan lagi nilai estetik dan keunikan pakaian itu.

Seiring dengan perjalanannya selama lebih 20 tahun, Sultanah Bridal & Boutique terus menjadi lambang keanggunan dan inovasi dalam dunia fesyen Melayu.

Dengan koleksi yang menyatukan tradisi dan gaya moden praktikal, Sultanah Bridal & Boutique bukan sahaja memenuhi keperluan pakaian harian dan perayaan sahaja, bahkan menyerikan pengalaman membeli-belah yang peribadi dan bermakna bagi setiap pelanggan.

SULTANAH BRIDAL & BOUTIQUE

Kunjungi Sultanah Bridal & Boutique di City Plaza, #01-84, 810 Geylang Road, Singapura 409286. Anda juga boleh menghubungi talian 6744-5500.

Ikuti Facebook @sultanahbridal dan Instagram @sultanah_bridal untuk melihat koleksi busana eksklusif oleh Sultanah Bridal & Boutique.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg