Cabaran jurulatih memandu hadapi kos meningkat, permintaan tinggi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Cabaran jurulatih memandu hadapi kos meningkat, permintaan tinggi

Beberapa jurulatih memandu pilih untuk tidak naikkan yuran, kekalkannya seperti beberapa tahun lalu
Jan 27, 2026 | 4:29 PM

Cabaran jurulatih memandu hadapi kos meningkat, permintaan tinggi

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
jurulatih memandu, cabaran, kos
Encik Yaacop Said, lebih senang dikenali sebagai Encik Zaini, sudah berkhidmat sebagai jurulatih persendirian kereta lebih 40 tahun. - Foto BH oleh DIYANA TAHA

Sejak 1983, Encik Yaacop Said telah membimbing ramai rakyat Singapura dalam menempuh fasa penting: mendapatkan lesen memandu kereta.

Kerjayanya sebagai jurulatih persendirian telah menjangkau lebih 40 tahun, didorong minatnya yang mendalam berinteraksi dengan individu daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Jurulatih itu, yang lebih selesa dipanggil Encik Zaini, berkongsi beberapa kenangan istimewa, termasuk yang pelik.

Antaranya, membimbing seorang pelajar yang tanpa sedar memandu melawan arus, dan seorang pelajar gigih yang mengambil masa sehingga 20 tahun untuk lulus Ujian Teori Asas (BTT) kerana lemah membaca.

Lebih manis, membimbing pemain bola sepak nasional, Ilhan Fandi, kekal antara kenangan paling berharga buat jurulatih berusia 72 tahun itu.

Ia termasuk yuran latihan simulator wajib, kelas teori dan sesi praktikal.

Encik Zaini mengimbau kembali peristiwa membimbing seorang pelajar yang tanpa disedari memandu melawan arus, serta seorang pelajar yang tidak berputus asa mengambil masa sehingga 20 tahun untuk lulus Ujian Teori Asas (BTT) kerana lemah membaca.
Encik Zaini mengimbau kembali peristiwa membimbing seorang pelajar yang tanpa disedari memandu melawan arus, serta seorang pelajar yang tidak berputus asa mengambil masa sehingga 20 tahun untuk lulus Ujian Teori Asas (BTT) kerana lemah membaca. - Foto BH oleh DIYANA TAHA

Walaupun berlaku kenaikan, beberapa jurulatih yang dihubungi Berita Harian (BH) memilih untuk tidak menaikkan yuran, sebaliknya mengekalkannya seperti beberapa tahun lalu.

Di pusat-pusat memandu, bayaran bagi latihan praktikal selama 100 minit adalah $77.89 di BBDC, $79.57 di CDC dan $82.84 di SSDC. Harga ini meningkat semasa waktu sibuk kepada $86.11 di BBDC, $89.38 di CDC dan $91.56 di SSDC.

Sementara itu, jurulatih persendirian yang dihubungi BH mengenakan yuran antara $55 hingga $80 untuk sesi 60 minit, dan antara $80 hingga $105 untuk sesi 90 minit.

Sesi pada waktu malam, hari minggu dan cuti umum biasanya dikenakan caj tambahan sekitar $10 hingga $15.

Encik Zaini, yang berusaha mengekalkan harga $80 bagi latihan praktikal 90 minit selama hampir 10 tahun, mengambil kira beban kewangan ibu bapa pelajar.

Beliau hanya menaikkan yuran daripada $80 kepada $95 bagi latihan pada awal 2025. “Sebagai bapa, saya faham bayaran itu mungkin berat untuk dipikul,” katanya.

Pandangan yang sama dikongsi oleh Encik Abdul Karim Haji Abdul Manan, yang tidak mahu membebani pelajarnya, yang sekitar 90 peratus merupakan pekerja asing.

Seorang lagi jurulatih yang hanya mahu dikenali sebagai Encik Wahab, mengawal yurannya kerana bertimbang rasa terhadap pelajar yang memerlukan lesen memandu untuk bekerja dan menampung kehidupan.

Sementara itu, ada yang menaikkan yuran secara ‘sederhana’ bagi menampung kos operasi yang meningkat.

Encik Sulaiman Moosa, berpengalaman sebagai jurulatih memandu selama 11 tahun, menaikkan yuran latihan praktikal 60 minit daripada $48 kepada $54 pada Disember 2025.

Beliau berusaha mengekalkan yuran selama sekitar empat tahun kerana kos operasi meningkat secara berperingkat.

“Saya lebih gemar mengajar, jadi hal yuran bukan segala-galanya bagi saya,” tambah jurulatih berusia 71 tahun itu.

Bagi Encik Aman Aljunied, yang telah berkhidmat selama 38 tahun di SSDC sebelum menjadi jurulatih persendirian pada 2023, beliau turut mengekalkan kadar yurannya.

Namun, beliau kini sedang mempertimbangkan kenaikan yuran buat pertama kali sebanyak $5, susulan inflasi serta peningkatan kos penyelenggaraan kenderaan.

“Kos penyelenggaraan kenderaan kami lazimnya lebih tinggi kerana kereta lebih kerap digunakan. Misalnya, tayar perlu diganti setiap 10 bulan berbanding dengan setiap lima tahun bagi kereta peribadi,” tambahnya.

Pakar keselamatan jalan raya dan penggemar kenderaan, Encik Aman Aljunied, telah berkhidmat di Pusat Memandu Keselamatan Singapura (SSDC) selama 38 tahun sebelum menceburi pekerjaan sebagai jurulatih persendirian pada 2023.
Pakar keselamatan jalan raya dan penggemar kenderaan, Encik Aman Aljunied, telah berkhidmat di Pusat Memandu Keselamatan Singapura (SSDC) selama 38 tahun sebelum menceburi pekerjaan sebagai jurulatih persendirian pada 2023. - Foto ihsan AMAN ALJUNIED

Malah, jurulatih berkenaan terus menikmati permintaan yang tinggi terhadap perkhidmatan mereka.

Encik Zaini berkata: “Sama ada yuran naik atau turun, orang tetap mahu belajar memandu. Lesen memandu penting untuk ramai orang, tak kira untuk tujuan bekerja atau peribadi.”

Menurut jurulatih yang ditemu bual, pelajar baru lazimnya perlu menanti sekitar dua bulan sebelum sesi praktikal pertama, malah ada yang terpaksa ditolak.

Pada Disember 2025, Encik Sulaiman terpaksa menolak tujuh pelajar yang berminat kerana tempahan sudah penuh.

Encik Aman pula ada kalanya terpaksa menolak sehingga 10 pelajar sehari, sambil menjelaskan beliau telah mengurangkan jumlah pelajar daripada 70 kepada 35 demi memelihara mutu pengajarannya.

Permintaan tinggi itu juga dorong oleh kelebihan bimbingan jurulatih persendirian.

Bagi Encik Zaini, perkhidmatan mereka disukai pelajar yang inginkan keselesaan jurulatih dan kenderaan yang sama, dari latihan pertama hingga ke ujian amali memandu.

Selain itu, struktur pengajaran yang lebih fleksibel mungkin lebih sesuai bagi sebahagian pelajar, dan ia mampu menjimatkan kos berbanding dengan struktur pengajaran yang tetap di pusat memandu.

Bagi Encik Aman, bilangan pelajar yang rendah dapat memberinya ruang untuk mengendalikan dua latihan praktikal bagi pelajar yang memerlukan.

Encik Wahab pula berkata: “Pelajar yang cepat menguasai kemahiran memandu boleh jimatkan kos, kerana hanya memerlukan sedikit sesi latihan sebelum bersiap menghadapi ujian amali.”

Namun, perkhidmatan ini kian merosot kerana bilangan jurulatih persendirian semakin berkurangan.

Menurut statistik Polis Trafik (TP) pada 1 Jun 2025, hanya 254 jurulatih persendirian masih aktif, merosot daripada 305 orang pada Mac 2024.

TP telah menghentikan pengeluaran lesen baru bagi jurulatih persendirian sejak 1987 sebagai langkah Singapura menyeragamkan pendidikan memandu.

Bagaimanapun, jurulatih persendirian yang masih berbakti kekal setia membimbing generasi demi generasi rakyat Singapura melalui detik penting memperoleh lesen memandu kereta.

“Kami mengajar mengikut perwatakan dan kemampuan setiap individu... Tidak kira bangsa atau latar belakang. Kaya atau kurang berkemampuan. Muda atau berusia. Saya seronok mengenali dan membimbing mereka,” tegas Encik Zaini.

“Sama ada yuran naik atau turun, orang tetap mahu belajar memandu. Lesen memandu penting untuk ramai orang, tak kira untuk tujuan bekerja atau peribadi... “Kami mengajar mengikut perwatakan dan kemampuan setiap individu... Tidak kira bangsa atau latar belakang. Kaya atau kurang berkemampuan. Muda atau berusia. Saya seronok mengenali dan membimbing mereka.”
Encik Yaacop Said, lebih senang dikenali sebagai Encik Zaini.

“Kos penyelenggaraan kenderaan kami lazimnya lebih tinggi kerana kereta lebih kerap digunakan. Misalnya, tayar perlu diganti setiap 10 bulan berbanding dengan setiap lima tahun bagi kereta peribadi.”
Encik Aman Aljunied.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg