Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

CAG lantik Lim Ming Yan sebagai Timbalan Pengerusi mulai 1 Jan

Dec 27, 2024 | 8:55 PM
Encik Lim Ming Yan telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Changi Airport Group (CAG) berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025.
Encik Lim Ming Yan telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Changi Airport Group (CAG) berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025. - Foto SBF

Pengerusi Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF), Encik Lim Ming Yan, telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi pengendali Changi Airport Group (CAG) bermula 1 Januari 2025.

Beliau akan menggantikan Encik Tan Gee Paw yang telah menjawat jawatan itu sejak Oktober 2020, kata Kementerian Kewangan (MOF) pada 27 Disember.

Encik Lim juga ialah Pengerusi The Esplanade Co. Limited.

Beliau juga merupakan pengarah lembaga Enterprise Singapore (EnterpriseSG) serta Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Sembcorp Industries Limited, DLF Cyber City Developers Limited dan China Vanke Co.

Selain itu, beliau berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Tinggi Tidak Bermastautin Singapura ke Republik Mauritius.

Sebelum ini, beliau ialah Pengerusi Agensi Tenaga Kerja Singapura dan Pengarah Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

Encik Lim juga telah berkhidmat selaku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CapitaLand Limited dari 2013 hingga 2018, CEO Ascott Limited dari 2009 hingga 2013 dan CEO CapitaLand China dari 2000 hingga 2009.

Menurut satu kenyataan media MOF pada 27 Disember, ia menyatakan bahawa Encik Lim berada dalam kedudukan yang baik untuk menerajui CAG.

“Memandangkan pengalaman luas beliau dalam pembangunan projek berskala besar dan rekod kepimpinan yang kukuh, Encik Lim berada dalam kedudukan yang baik untuk menerajui CAG sedang ia memulakan fasa pertumbuhan seterusnya di Lapangan Terbang Changi, dengan pembinaan Terminal 5,” kata MOF.

Encik Tan Gee Paw, yang telah menyertai lembaga CAG pada Mei 2017 dan dilantik sebagai Pengerusi pada Oktober 2020, akan berundur setelah memimpin CAG melalui pelbagai cabaran yang dihadapi mereka semasa pandemik Covid-19.

“Sebagai pengerusi, kepimpinan Encik Tan penting dalam membimbing CAG melalui cabaran-cabaran yang dihadapi akibat pandemik Covid-19, di samping mengekalkan tumpuan untuk mengukuhkan kedudukan Lapangan Terbang Changi sebagai hab penerbangan global.

“Meskipun terdapat sekatan perjalanan dan penutupan sempadan yang dikenakan semasa pandemik Covid-19, Lapangan Terbang Changi terus memudahkan aliran bekalan dan perjalanan penting serta menyokong pembukaan semula sempadan kita dengan selamat,” kata MOF.

Selain itu, CAG juga mencatatkan kemajuan besar dalam usaha inovasi dan naik taraf prasarana, termasuk penambahbaikan Terminal 2 serta pelaburan dalam teknologi seperti robotik dan automasi di bawah kepimpinan beliau.

Dalam pada itu, Encik Tan akan kekal sebagai pengarah lembaga CAG untuk memastikan kesinambungan dalam tempoh peralihan ini.

Dalam kenyataan media itu, MOF juga mengucapkan penghargaan kepada Encik Tan atas sumbangan beliau sebagai pengerusi dan mengalu-alukan Encik Lim sebagai Pengerusi CAG yang ketiga.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg