Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Calon dinasihati tiba awal di Pusat Pencalonan pada 23 April

Apr 21, 2025 | 1:48 PM
Penyokong dan orang awam boleh hadir di Pusat Penamaan Calon selepas 10 pagi.
Penyokong dan orang awam boleh hadir di Pusat Penamaan Calon selepas 10 pagi. - Foto fail

Calon-calon yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025) pada 3 Mei dinasihatkan untuk tiba awal di pusat penamaan calon masing-masing pada Hari Penamaan Calon.

Proses penamaan calon bagi GE2025 akan berlangsung pada 23 April, dari 11 pagi hingga 12 tengah hari, di sembilan pusat penamaan calon iaitu:

  1. Sekolah Rendah Bendemeer, 91 Bendemeer Road
  2. Sekolah Chongfu, 170 Yishun Avenue 6
  3. Sekolah Menengah Deyi, 1 Ang Mo Kio Street 42
  4. Maktab Rendah Jurong Pioneer, 21 Teck Whye Walk
  5. Sekolah Kong Hwa, 350 Guillemard Road
  6. Sekolah Perempuan Methodist, 11 Blackmore Drive (Bukit Timah)
  7. Sekolah Tinggi Nan Hua, 41 Clementi Ave 1
  8. Sekolah Poi Ching, 21 Tampines Street 71
  9. Sekolah Menengah Yusof Ishak, 8 Sumang Walk (Punggol)

Penyokong dan orang awam boleh hadir ke pusat tersebut selepas 10 pagi, apabila ia dibuka kepada orang awam, kata pihak polis dalam satu kenyataan pada 21 April.

Mereka dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam ke pusat penamaan calon, bersedia untuk menjalani pemeriksaan keselamatan, dan tidak membawa beg besar. 

Barangan berbahaya, termasuk senjata api, baton dan senjata besi knuckle duster, adalah dilarang, lapor The Straits Times.

Sebelum proses penamaan calon bermula, orang awam dinasihatkan untuk tidak mempamerkan papan tanda, bendera atau sepanduk yang menyokong mana-mana calon.

Selain itu, satu kawasan larangan sementara akan ditetapkan di pusat penamaan calon dari 9 pagi hingga 3 petang pada Hari Penamaan Calon.

Ini bermakna orang ramai dilarang menerbangkan pesawat tanpa pemandu dan terlibat dalam kegiatan udara lain seperti menerbangkan layang-layang dan belon terikat dalam kawasan larangan sementara itu, kecuali selepas mendapat kebenaran daripada Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg