Politik
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

ELD terima 42 permohonan bagi Sijil Jawatankuasa Masyarakat Melayu

Apr 20, 2025 | 5:54 PM
Jabatan Pilihan Raya (ELD) menerima 42 permohonan bagi Sijil Jawatankuasa Masyarakat Melayu dan 37 bagi Sijil Jawatankuasa India dan Masyarakat Minoriti Lain untuk  pilihan raya umum (PRU) pada 3 Mei.
Jabatan Pilihan Raya (ELD) menerima 42 permohonan bagi Sijil Jawatankuasa Masyarakat Melayu dan 37 bagi Sijil Jawatankuasa India dan Masyarakat Minoriti Lain untuk pilihan raya umum (PRU) pada 3 Mei. - Foto: Fail ST

Jabatan Pilihan Raya (ELD) menerima 42 permohonan bagi Sijil Jawatankuasa Masyarakat Melayu dan 37 bagi Sijil Jawatankuasa India dan Masyarakat Minoriti Lain bagi Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025) pada 3 Mei.

Dalam satu kenyataan pada 20 April, ELD berkata pihaknya juga telah menerima permohonan seramai 245 orang bagi mendapatkan sijil derma politik untuk pilihan raya sebelum tarikh akhir permohonan pada 19 April, lapor The Straits Times.

Ini bermakna mungkin terdapat ramai calon yang bertanding di 97 kerusi Parlimen yang dipertandingkan kelak.

Sesetengah pihak biasanya memohon sijil tambahan atau sedia ada.

Terdapat 226 permohonan untuk mendapatkan sijil derma politik bagi Pilihan Raya Umum 2020, walaupun hanya 192 calon yang mengemukakan kertas pencalonan untuk bertanding di 93 kerusi Parlimen ketika itu.

Peraturan pilihan raya Singapura memerlukan calon menyerahkan borang derma politik yang memerlukan mereka merekodkan derma yang diterima dan mengisytiharkan bahawa dana itu dibenarkan di bawah undang-undang.

Pengisian borang itu diperlukan untuk mendapatkan sijil derma politik, yang akan dikeluarkan oleh Pendaftar Derma Politik menjelang Hari Penamaan Calon.

Calon perlu menyerahkan sijil itu bersama kertas pencalonan mereka pada Hari Penamaan Calon pada 23 April.

Mereka juga mesti mempunyai pencadang, penyokong dan sekurang-kurangnya empat penyetuju, yang kesemuanya mesti layak mengundi di kawasan undi terbabit.

Setiap kumpulan calon yang ingin bertanding di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) dalam pilihan raya Parlimen dikehendaki mempunyai sekurang-kurangnya seorang calon sama ada daripada masyarakat Melayu atau India dan masyarakat minoriti lain, bergantung pada keperluan untuk GRC tertentu itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg