Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Calon Melayu PSP peka isu perumahan golongan bujang

Apr 19, 2025 | 5:51 PM
Encik A’bas Kasmani (tengah) peka dengan isu perumahan dan pekerjaan. Beliau bersama rakan-rakan yang bakal bertanding di GRC Chua Chu Kang, iaitu (dari kiri) Encik S. Nallakaruppan, Cik Wendy Low, Encik Harish Pillay, Pengerusi PSP, Dr Tan Cheng Bock; dan Encik Lawrence Pek, di acara pengumuman barisan calon Pilihan Raya GRC Chua Chu Kang GRC di Teck Whye Square.
Encik A’bas Kasmani (tengah) peka dengan isu perumahan dan pekerjaan. Beliau bersama rakan-rakan yang bakal bertanding di GRC Chua Chu Kang, iaitu (dari kiri) Encik S. Nallakaruppan, Cik Wendy Low, Encik Harish Pillay, Pengerusi PSP, Dr Tan Cheng Bock; dan Encik Lawrence Pek, di acara pengumuman barisan calon Pilihan Raya GRC Chua Chu Kang GRC di Teck Whye Square. - Foto BM oleh NATASHA MUSTAFA

Meskipun tewas pada Pilihan Raya Umum 2020 (GE2020), pakar keselamatan dan perunding latihan, Encik A’bas Kasmani, tidak mudah patah semangat.

Jika sebelum ini calon Parti Kemajuan Singapura (PSP) itu bertanding di GRC Tanjong Pagar, tumpuannya kini ialah di GRC Chua Chu Kang.

Ketika ditemui Berita Minggu (BM) di Teck Whye Square dalam sesi pengenalan calon GE2025 pada 19 April, Encik A’bas, 71 tahun, menjelaskan pengalamannya bersama masyarakat hanya menguatkan azam untuk memperjuangkan dasar yang mencerminkan segala keprihatinan yang meresahkan rakyat.

Ini khususnya dalam isu pekerjaan dan perumahan.

Encik A’bas diumumkan PSP sebagai salah seorang calon parti itu yang akan bertanding di GRC Chua Chu Kang.

Selain beliau, pasukan PSP di situ termasuk mantan Setiausaha Agung Persekutuan Perkilangan Singapura (SMF), Encik Lawrence Pek, 55 tahun; peguam teknologi, Cik Wendy Low, 48 tahun; dan pakar pelaburan, Encik S. Nallakaruppan, 60 tahun.

Kecuali Encik Pek, anggota lain berpengalaman dalam menyertai pilihan raya.

“Saya kekal aktif selepas GE2020 dengan menjalankan kerja sukarela di kejiranan West Coast sebelum berpindah ke Chua Chu Kang tiga tahun lalu (2022).

“Isu yang sering dipersoalkan oleh penduduk adalah pekerjaan.

“Mereka yang muda, seawal 40-an tahun, menghadapi kesukaran mendapatkan pekerjaan tetap meskipun mempunyai kemahiran yang relevan dalam industri mereka,” kata Encik A’bas, yang juga Naib Pengerusi Kedua PSP.

Beliau juga ingin memperjuangkan isu kos sara hidup yang semakin meningkat dan membimbangkan ramai.

Menurutnya, terdapat jurang antara pendapatan masa kini dengan kos kehidupan yang tinggi, sambil berpendapat gaji sebanyak $5,000 sebulan tidak lagi mencukupi untuk menampung sebuah keluarga biasa.

“Kalau dulu, $5,000 mencukupi. Tapi sekarang, dengan kos sara hidup yang meningkat, ia mungkin lebih mencabar untuk keluarga di sini,” katanya, sambil menyeru agar pekerjaan lebih stabil dan gaji lebih berpatutan disediakan bagi rakyat Singapura.

Menyentuh isu perumahan, Encik A’bas turut mempersoalkan sebab mengapa individu bujang hanya boleh memohon flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada usia 35 tahun.

Beliau mencadangkan agar had umur itu diturunkan kepada 28 tahun supaya golongan muda dapat berdikari pada usia lebih awal sejurus bekerja.

“Kita faham generasi sekarang ingin berdikari. Ada juga ibu bapa yang ingin memberi anak mereka peluang berdikari dan hidup sendiri,” jelasnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg