Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PSP kerja keras walau sempadan disemak, sedia libatkan pengundi

Apr 15, 2025 | 7:46 PM
Encik Leong Mun Wai berkata PSP telah bekerja keras untuk bersiap sedia bagi GE2025 di sebalik tempoh singkat mendekati penduduk baru.
Encik Leong Mun Wai berkata PSP telah bekerja keras untuk bersiap sedia bagi GE2025 di sebalik tempoh singkat mendekati penduduk baru. - Foto fail

Parti Kemajuan Singapura (PSP) telah bekerja keras untuk bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Umum 2025 (GE2025) walaupun sempadan disemak dan tempoh yang singkat untuk mendekati penduduk baru.

Namun ia bersedia mendekati para pengundi, kata Setiausaha Agung PSP, Encik Leong Mun Wai.

“Saya dan Hazel (Poa) telah bekerja keras di Parlimen sejak lima tahun lalu, setelah memfailkan lebih 700 soalan Parlimen, lapan usul penuh anggota persendirian, enam usul penangguhan dan satu rang undang-undang persendirian, satu-satunya yang telah difailkan oleh Anggota Parlimen pembangkang,” kata Encik Leong dalam satu kenyataan selepas Writ Pilihan Raya dikeluarkan pada 15 April.

Cik Hazel Poa adalah naib pengerusi pertama PSP.

Kededua Encik Leong dan Cik Poa adalah Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP).

“PSP berdiri berdasarkan rekod prestasi kami, dan kami bersedia melibatkan pengundi supaya yakin dengan visi kami ‘Kemajuan Bagi Semua’ bagi Singapura,” katanya.

“Kemajuan Bagi Semua” ialah slogan kempen baru parti itu.

Rakyat Singapura akan mengundi pada 3 Mei dalam pilihan raya umum dengan latar belakangkan ketidakstabilan ekonomi global yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Hari Penamaan Calon akan diadakan pada 23 April, memberi calon sekurang-kurangnya sembilan hari untuk berkempen sebelum Hari Bertenang pada 2 Mei.

Pada 15 April PSP telah memuat naik sebuah video selama hampir lima minit di Facebook, yang memaparkan sumbangan Cik Poa dan Encik Leong yang dibuat sejak lebih lima tahun lalu.

Video tersebut memaparkan isu-isu yang diketengahkan oleh mereka di Parlimen, termasuk kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), perlunya mengurangkan kos penjagaan kesihatan, perlunya menjadikan rumah lebih berkemampuan menerusi satu skim bagi mengurangkan kos flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), serta pilihan pengangkutan lebih baik bagi kawasan di barat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg