Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Capai impian teroka dunia penerbangan dalam Latihan Wallaby 2025

Oct 30, 2025 | 6:00 PM
RSAF, pegawai, Kapten Mohamad Faisal
Pegawai Perang Udara di Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF), Kapten Mohamad Faisal Mohamad Aziz, menggalas peranan sebagai  Timbalan Ketua Perancang Udara bagi Latihan Wallaby (XWB) 2025 yang dijalankan di Kawasan Latihan Shoalwater Bay, Australia. - Foto ST

Menonton pertunjukan udara sejak kecil menyalakan minat pegawai perang udara di Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF), Kapten Mohamad Faisal Mohamad Aziz, terhadap dunia penerbangan.

Kini pada usia 33 tahun, beliau berpeluang mengemudi pesawat sebenar menerusi peranannya sebagai Timbalan Ketua Perancang Udara bagi Latihan Wallaby (XWB) 2025 yang dijalankan di Kawasan Latihan Shoalwater Bay, Australia.

Dalam peranan ini, beliau menyelaras kawalan ruang udara dan operasi di darat bagi memastikan keselamatan serta menguji konsep baru untuk fasa ketiga bagi latihan tersebut.

Dengan matlamat ingin memantau dengan lebih baik dan menyerang secara lebih tangkas dan cepat, fasa ini memberi tumpuan kepada operasi bersepadu berskala besar.

Ini melalui gabungan penglibatan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), RSAF, dengan Perkhidmatan Digital dan Perisikan (DIS).

Secara keseluruhan, lebih 400 anggota daripada RSAF, SAF dan DIS, bersama 100 jurutera, terlibat semasa latihan operasi bersepadu ini.

Latihan operasi 2025 turut mencatat detik bersejarah dengan penembakan Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi (Himars) buat julung-julung kalinya di Shoalwater Bay.

Tembakan sulung Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi (Himars) semasa Latihan Wallaby 2025, dibuat yang menandakan kemajuan penting dalam keupayaan operasi bersepadu Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).
Tembakan sulung Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi (Himars) semasa Latihan Wallaby 2025, dibuat yang menandakan kemajuan penting dalam keupayaan operasi bersepadu Angkatan Bersenjata Singapura (SAF). -

Pegawai Pemerintah Batalion Artileri Singapura Ke-23, Mejar Chin Wei Jianyang, yang merancang dan melaksanakan penggunaan sistem Himars bagi latihan XWB, berkata pengalaman itu memberi pengajaran yang unik dan bermakna baginya.

Mengimbas kembali pengalamannya, Mejar Chin berkata:

“Kami banyak belajar daripada pengalaman ini, dan menghargai sokongan serta layanan baik daripada rakan sejawat Australia, termasuk dalam pengurusan kawasan latihan, penyelarasan ruang udara, pelupusan bahan letupan, serta kerjasama harian dengan pejabat kawalan kawasan latihan.

“Memandangkan ini kali pertama kami berada di sini, keadaan muka bumi dan iklimnya sangat berbeza daripada apa yang biasa kami hadapi di Singapura mahupun di negara lain tempat kami berlatih,” kata beliau.

Namun, halangan seperti ini dapat diatasi dengan penggunaan kenderaan tanpa pemandu seperti dron mini V-15 dan Orbiter-4 yang memantau kawasan persekitaran.

Maklumat yang dikumpul kemudian dihantar ke Sistem Kawalan dan Perintah Maklumat (CCIS) yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menggabungkan pelbagai data deria daripada UAV, radar, pasukan darat dan platform serangan.

Ketika ditemui media, Kapten Faisal menekankan kepentingan penyelarasan pengurusan ruang udara, khususnya dalam memastikan keselamatan antara sistem dikendalikan manusia dan sistem tanpa pemandu.

“Sekitar 24 jam sebelum misi bermula, pasukan SAF dan RSAF akan berkumpul untuk membincangkan kawasan operasi, jenis aset yang digunakan serta ketinggian penerbangan.

“Daripada perbincangan itu, kami merangka pelan operasi yang terperinci agar semua pihak dapat beroperasi secara lebih bersepadu dan lebih diselaras di lapangan,” kata beliau.

Panglima Divisyen Keenam, Kolonel Kwek Kian Leong, berkata:

“Latihan ini menggambarkan bagaimana SAF terus berkembang untuk beroperasi dengan lebih berkesan.

“Dalam latihan ini, kami menghimpunkan anggota daripada pelbagai perkhidmatan untuk beroperasi sebagai satu sistem bersepadu bagi memperkukuh keupayaan pengesanan dan serangan di medan pertempuran.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg