Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Carragher: Meski unggul, serangan Liverpool belum mantap

Dec 26, 2023 | 6:19 PM
TUNGGAK KEKUATAN: Ketajaman serangan Liverpool masih dipersoal, mencerminkan kebimbangan yang diungkapkan bekas bek tengah dan kapten Liverpool, Jamie Carragher.
TUNGGAK KEKUATAN: Ketajaman serangan Liverpool masih dipersoal, mencerminkan kebimbangan yang diungkapkan bekas bek tengah dan kapten Liverpool, Jamie Carragher. - Foto AFP

LONDON: Hanya dua pasukan, Aston Villa dan Manchester City, telah menjaringkan lebih banyak gol dalam Liga Perdana England (EPL) daripada Liverpool pada musim ini, tetapi bekas bintang bek tengah dan kapten Liverpool, Jamie Carragher, berasa “sesuatu yang tidak kena” dengan serangan pasukan bergelar The Reds itu.

Liverpool, yang kini menduduki tangga kedua dalam EPL, telah menjaringkan 37 gol dalam 18 perlawanan liga (tidak mengambil kira keputusan perlawanan Liverpool dengan Burnley pada 1.30 pagi 27 Disember).

Gol ke-37 dijaringkan dalam pertemuan yang berkesudahan seri 1-1 semasa menentang Arsenal di Anfield pada 23 Disember.

Sebagaimana yang dinyatakan Carragher, beliau masih tidak yakin dengan prestasi serangan pasukan kendalian Juergen Klopp itu. 

Keraguan itu muncul walaupun Mohamed Salah, antara penyerang Liverpool musim ini, berjaya menjaringkan gol penyamaan semasa Liverpool menentang Arsenal di Anfield.

Gol tersebut adalah yang ke-16 buat Salah dalam semua pertandingan musim ini.

Namun, prestasi rakan penyerangnya lain menimbulkan kebimbangan. 

Cody Gakpo gagal melakukan sebarang percubaan ke arah gawang gol Arsenal dalam perlawanan tersebut. 

Luis Diaz pula hanya mampu menjaringkan satu gol dalam 15 perlawanan, manakala Darwin Nunez sedang mengalami kemarau gol dalam 12 perlawanan terakhirnya. 

Carragher berkata: “Apabila saya memandang ketiga-tiga penyerang utama Liverpool itu, saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan mereka.”

Menurut Carragher, Gakpo dan Diaz belum dapat menunjukkan prestasi yang memuaskan sejak menyertai Liverpool. 

“Rasanya, setelah pemindahan dua bekas penyerang Liverpool, Sadio Mane dan Roberto Firmino (ke kelab lain), Liverpool belum dapat menggantikan mereka dengan pemain bermutu yang setanding.

“Saya tahu Darwin bermula dari bangku simpanan dan beliau sedang melalui prestasi yang kurang memuaskan dari segi gol, tetapi namanya harus perlu menjadi nama pertama dalam senarai (kesebelasan) pasukan.

“Bagi Liverpool sekarang dari segi tiga penyerang utama mereka, Salah adalah nombor satu dan Nunez adalah nombor dua, tetapi siapakah pemain yang berada di tangga ketiga?” ujar Carragher. 

Beliau turut menyatakan kebimbangan tentang trio serangan Liverpool itu semasa mengulas dalam The Gary Neville Podcast di Sky Sports. 

Neville, seorang penganalisis bola sepak, mengakui bahawa trio serangan Liverpool – Nunez, Gakpo dan Diaz – kurang konsisten berbanding Salah.

Beliau juga menyatakan bahawa Klopp sering mengubah posisi mereka dan membuat penukaran awal semasa perlawanan. 

Walaupun dengan situasi serangan yang tidak menentu, pengurus Arsenal, Mikel Arteta, menyifatkan pertarungan pasukannya dengan Liverpool itu sebagai salah satu perlawanan yang paling sengit dalam EPL musim ini.

Beliau turut memuji keberanian dan keyakinan pasukannya dalam perlawanan tersebut. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg