Sukan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sikap angkuh: Van Dijk nafi dakwaan Roy Keane

Dec 19, 2023 | 3:50 PM
SANGKAL DAKWAAN: Virgin van Dijk menafikan dakwaan Roy Keane bahawa beliau angkuh.
SANGKAL DAKWAAN: Virgin van Dijk menafikan dakwaan Roy Keane bahawa beliau angkuh. - Foto EPA-EFE

LONDON: Selepas perlawanan di Anfield pada hari Ahad yang berkesudahan seri tanpa jaringan, kapten Liverpool, Virgin van Dijk, berkata “hanya ada satu pasukan yang cuba memenangi perlawanan itu”.

Bekas kapten dan pemain tengah United, Roy Keane, berkata ada sikap ‘keangkuhan’ daripada van Dijk untuk meremehkan United seperti itu. 

“Keane adalah peminat Manchester United sepenuhnya. Saya faham beliau mungkin memberi reaksi seperti itu, tetapi saya yakin dengan apa yang saya katakan. Tiada keangkuhan dalam perkataan saya,” ujar van Dijk.

“Sesiapa yang menonton perlawanan itu mungkin berasa sama. Kami memiliki banyak peluang tetapi gagal menjaringkan gol. Itulah yang menyebabkan kekecewaan.”

Liverpool memiliki penguasaan bola sebanyak 69 peratus dan melakukan 34 percubaan ke arah gawang gol lawan - 16 percubaan lebih banyak daripada yang mereka raih dalam kemenangan 7-0 musim lalu. 

Namun, Man United berjaya menyekat Liverpool dengan taktik yang lebih defensif semasa permainan.

Ini membuat van Dijk mendakwa United sengaja bermain untuk seri, manakala Liverpool menjadi pasukan tunggal yang berusaha menjaringkan gol.

“Kami lebih unggul di setiap bahagian. United cuba menyerang kami dari serangan balas. Akhirnya, mereka berpuas hati dengan satu mata, manakala kami rasa kecewa,” kata van Dijk.

Roy Keane mengecam pemain pertahanan Liverpool itu atas keangkuhannya itu.

Kenyataan van Dijk itu menyebabkan Keane berkata, “van Dijk bermain untuk kelab yang hanya menang satu liga dalam 30 tahun dan dia berkata hanya ada satu pasukan yang mahu menang, dan United berasa gembira dengan satu mata?”

Van Dijk menafikan dakwaan Roy Keane tentang ‘keangkuhan’ berkaitan komennya itu.

“Saya menghormati Roy Keane. Kalau itu pendapatnya, saya terima,” kata van Dijk.

Ini adalah perlawanan yang pertama bagi Liverpool di mana mereka gagal meraih kemenangan di padang sendiri musim ini. 

Keputusan itu menyebabkan Liverpool terlepas peluang kembali ke kedudukan teratas Liga Perdana England (EPL). Liverpool kini satu mata di bawah pendahulu Liga, Arsenal, yang berjaya mengatasi Brighton pada 17 Disember. 

Van Dijk menambah: “Kami cuba melakukan segala yang boleh. Tetapi, ini adalah salah satu hari di mana kami tidak dapat membuat keputusan yang betul untuk menjaringkan gol.

“Kami terlalu memaksa untuk mencari jalan penyelesaian yang tidak ada. Tapi apakan daya, itulah bola sepak.” – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg