Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Case: 53 aduan difail terhadap syarikat kecantikan DNA Brands

Case ingatkan pengguna supaya berhati-hati nilai tawaran dan dapatkan nasihat kedua sebelum membeli
Oct 15, 2025 | 4:43 PM
Case, kecantikan, aduan
Case mengingatkan pengguna supaya berhati-hati menilai tawaran dan mendapatkan nasihat kedua sebelum membeli. - Foto ST

Persatuan Pengguna Singapura (Case) telah menerima 53 aduan antara 1 Ogos 2024 dengan 14 Oktober 2025 terhadap DNA Brands, atas dakwaan mengelirukan atau menekan pelanggan membeli pakej dan produk kecantikan secara berlebihan.

Case berkata dalam kenyataan pada 15 Oktober bahawa jumlah keseluruhan wang yang terlibat melebihi $980,000, dengan separuh daripada aduan melibatkan perbelanjaan melebihi $10,000.

Seorang pengguna bahkan dikenakan caj sekurang-kurangnya $370,000, manakala 40 peratus pengadu berusia 60 tahun ke atas.

DNA Brands mengendalikan salun kecantikan di bawah jenama Beautique dan kedai runcit The Mineral Boutique.

Aduan terhadap Beautique melibatkan cawangan di Ang Mo Kio, Orchard Plaza, The Centrepoint dan Toa Payoh, manakala The Mineral Boutique melibatkan Nex, Jewel dan Wheelock Place.

Case telah meminta DNA Brands menandatangani perjanjian untuk menghentikan amalan tidak adil dan memberi pampasan kepada pelanggan terjejas, namun syarikat itu menolak.

Akibatnya, Case telah merujuk perkara tersebut kepada Suruhanjaya Persaingan dan Pelanggan Singapura (CCCS) untuk siasatan lanjut.

DNA Brands kini tergolong dalam senarai amaran Case, iaitu senarai syarikat yang menerima aduan pengguna, lapor akhbar The Straits Times (ST).

Presiden Case, Encik Melvin Yong, berkata amalan tidak adil masih berleluasa dalam industri kecantikan.

Beliau menggesa pengguna memilih perniagaan ditauliah CaseTrust bagi melindungi diri daripada taktik jualan agresif.

“Kami menyeru pemerintah memperkenalkan tempoh bertenang yang wajib bagi pakej kecantikan prabayar, agar pengguna membuat keputusan tanpa tekanan,” tambahnya.

Pada Ogos lalu, Case mendedahkan bahawa pengguna mengalami kerugian lebih $108,000 dalam separuh pertama 2025 selepas membuat bayaran awal bagi produk dan perkhidmatan kecantikan yang tidak diterima.

Ini merupakan peningkatan hampir 500 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Sebagai langkah pencegahan, Case mengingatkan pengguna supaya berhati-hati menilai tawaran dan mendapatkan nasihat kedua sebelum membeli.

Pengguna digalak agar mendapatkan maklumat bertulis tentang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, serta menyimpan resit dan dokumen urus niaga sebagai bukti sekiranya timbul pertikaian.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg