Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

CEO Jetstar Asia berundur selepas hampir 12 tahun

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CEO Jetstar Asia berundur selepas hampir 12 tahun

Jan 09, 2024 | 06:48 PM



Selepas hampir 12 tahun menerajui Jetstar Asia, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat penerbangan itu, Encik Barathan Pasupathi, akan berundur pada 1 Mac, menyerahkan jawatannya kepada eksekutif kanan syarikat penerbangan Qantas.

Jetstar Asia, yang 51 peratus dimiliki oleh syarikat Singapura, Westbrook Investments dan 49 peratus dimiliki oleh Qantas, berkata dalam satu kenyataan pada 9 Januari bahawa Encik Barathan, 55 tahun, akan melepaskan jawatannya sebagai CEO untuk mengejar peluang lain.

Beliau akan digantikan oleh Encik John Simeone, 55 tahun, yang berpangkalan di Singapura, dan kini merupakan naib presiden kanan Qantas untuk rantau Asia.

Menurut profil LinkedInnya, Encik Simeone, yang telah bersama Qantas sejak 1997, kembali ke Singapura pada 2023 selepas menyelia jualan antarabangsa selama dua tahun di Sydney.

Encik Simeone akan melepaskan jawatannya sebagai naib presiden kanan di syarikat penerbangan Australia itu apabila beliau menjadi CEO baru Jetstar Asia. Penggantinya di Qantas masih belum dinamakan.

Encik Simeone berkata: “Tumpuan saya ialah untuk meneruskan perjalanan menarik yang telah kami mulakan, membina keupayaan dan ketersambungan di luar Lapangan Terbang Changi.”

Pengerusi Jetstar Asia, Encik Dennis Choo, berkata Encik Simeone akan menyertai Jetstar Asia dengan pengetahuan mendalam tentang pasaran penerbangan Singapura dan Asia.

Encik Choo berterima kasih kepada Encik Barathan, yang mengambil alih sebagai CEO Jetstar Asia pada Julai 2012, atas “sumbangan luar biasa” beliau kepada syarikat penerbangan itu selama ini.

Pada Julai 2023, Encik Barathan telah mengumumkan rancangan untuk syarikat penerbangan itu menggajikan lebih 200 juruterbang dan anak kapal sebagai sebahagian daripada usaha syarikat itu bangkit semula selepas pandemik Covid-19.

Dua lagi pesawat Airbus A320 juga sepatutnya menyertai armada syarikat penerbangan itu menjelang akhir 2023.

Setakat ini, syarikat penerbangan itu telah menerima satu daripada dua pesawat tersebut, menjadikan jumlah armadanya kepada lapan A320. Pesawat lain dijangka tiba dalam beberapa minggu akan datang, kata jurucakap Jetstar Asia.

Sebagai CEO Jetstar Asia, Encik Barathan menyelia syarikat itu dalam tempoh sukar, termasuk pemberhentian pelan pertumbuhan pada 2014 disebabkan kos bahan api tinggi dan persaingan sengit.

Disebabkan Covid-19 yang menghentikan perjalanan udara, syarikat itu memotong kira-kira 180 pekerjaan, atau satu perempat daripada tenaga kerjanya yang berpangkalan di Singapura pada 2020.

Jetstar Asia juga terlibat dalam rundingan yang memakan masa selama berbulan-bulan dengan pengendali lapangan terbang, Changi Airport Group (CAG), pada 2022 berhubung pemindahan operasinya dari Terminal 1 ke Terminal 4.

Sejak itu, syarikat itu telah mula membina semula rangkaiannya dan meneruskan penerbangan ke beberapa destinasi di China dan Jepun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >