Topik diikuti
Pergi ke BHkuCEO Kumpulan Grab dinobat Tokoh Perniagaan Terbaik
CEO Kumpulan Grab dinobat Tokoh Perniagaan Terbaik
Anugerah Perniagaan Singapura ke-41 anjuran bersama ‘The Business Times’ dan syarikat DHL turut sampaikan empat anugerah lain
May 21, 2026 | 10:32 PM
CEO Kumpulan Grab dinobat Tokoh Perniagaan Terbaik
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Grab, Encik Anthony Tan, dinobat sebagai Tokoh Perniagaan Terbaik dalam majlis Anugerah Perniagaan Singapura (SBA) ke-41. - Foto BT
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Grab, Encik Anthony Tan, dinobat sebagai Tokoh Perniagaan Terbaik dalam majlis Anugerah Perniagaan Singapura (SBA) ke-41 anjuran bersama akhbar perniagaan, The Business Times (BT), dan syarikat logistik antarbangsa DHL, pada 21 Mei.
Satu kenyataan bersama BT dan DHL pada 21 Mei, berkata Encik Tan menerima anugerah terulung majlis itu kerana sifatnya yang “berpandangan jauh, dengan komitmen teguh terhadap transformasi sosioekonomi Asia Tenggara”.
Laporan berkaitan
Pemandu Grab ikhlas tunggu, bersih kubur keluarga penumpangMay 19, 2026 | 5:57 PM
Grab meterai MOU dengan 4 syarikat
teroka peranan kenderaan autonomi
di Asia TenggaraMar 10, 2025 | 5:24 PM
