Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Chun Sing garis kunci pertingkat kerjaya guru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Chun Sing garis kunci pertingkat kerjaya guru

Apr 22, 2024 | 05:44 PM



Menghormati guru adalah penting untuk menarik dan mengekalkan guru serta mengembangkan profesion, dan lebih penting daripada faktor seperti gaji dan persekitaran kerja, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.

“Mutu tenaga pengajar adalah penentu terpenting hasil sistem pendidikan kita,” kata Encik Chan dalam ucapannya pada pembukaan Sidang Puncak Antarabangsa Profesion Perguruan (ISTP) ke-14 pada 22 April.

Ia adalah salah satu asas yang tidak sepatutnya berubah di tengah-tengah anjakan dalam sektor pendidikan, katanya, sambil menambah bahawa pelajar juga harus mengembangkan keupayaan di luar asas akademik agar kekuatan mereka yang pelbagai dapat menyumbang kepada kebaikan kolektif masyarakat.

Dianjurkan oleh Singapura buat kali pertama, sidang yang berlangsung selama tiga hari dari 22 hingga 24 April itu dihadiri 140 delegasi dari 18 negara.

Semasa sidang yang diadakan di Pusat Konvensyen Raffles City itu, pemimpin sistem pendidikan di serata dunia membincangkan tentang masa depan pembelajaran, peranan teknologi dalam pendidikan dan latihan, serta kepentingan perkongsian dalam menyokong pembelajaran sepanjang hayat.

Mereka juga akan melawat sekolah rendah dan menengah Singapura, serta institut pengajian tinggi dan institut latihan lain.

Encik Chan berkata bahawa pendidikan berada pada titik perubahan, mengambil kira bagaimana pengetahuan menjadi lebih komoditi.

Pengajaran tidak sepatutnya tentang perkongsian maklumat sahaja malah harus memberi tumpuan kepada mempersiapkan pelajar untuk menghadapi cabaran dan mencipta penyelesaiannya, tambahnya.

Anjakan lain dalam pendidikan termasuk pengenalan kecerdasan buatan (AI) untuk memenuhi keperluan pelajar yang pelbagai, dan memastikan kemahiran asas akademik dilengkapi dengan kemahiran seperti rasa ingin tahu, kebolehsuaian dan kerjasama, tambahnya.

Masyarakat dan persekitaran global juga menjadi lebih berpecah-belah, kata Encik Chan, dan adalah penting untuk memupuk empati, pemahaman dan keupayaan untuk membina hubungan merentasi pelbagai perspektif dalam kalangan pelajar supaya mereka boleh menyumbang secara positif kepada masyarakat.

“Mereka mesti belajar membuat cadangan nilai baru supaya syarikat atau negara mereka boleh terus kekal berdaya saing, serta membentuk dunia yang lebih baik,” katanya.

Ini memerlukan Singapura melangkaui metrik kejayaan tradisional, di mana pelajar harus digalakkan untuk menjadi pencipta dalam menyumbang kepada kebaikan kolektif, dan penyambung bagi mewujudkan persekitaran yang selamat untuk idea berkembang maju.

Pelajar juga harus didorong untuk menjadi pelajar sepanjang hayat dan penyumbang, tambahnya.

Ini adalah “di mana kejayaan ditakrifkan bukan oleh pencapaian peribadi semata-mata tetapi oleh sumbangan mereka kepada kolektif; di mana penghormatan terhadap pelbagai kekuatan melahirkan meritokrasi yang menggalakkan semua untuk berbuat demikian; dan di mana setiap generasi boleh bercita-cita untuk menjadi lebih baik daripada generasi sebelumnya”, kata Encik Chan.

Menurut Encik Chan, untuk mencapai kejayaan melebihi metrik konvensional, terdapat keperluan yang lebih besar untuk memahami lebih lanjut tentang cara pelajar menimba ilmu.

Beliau turut menyenaraikan pelbagai pendekatan untuk menyokong pelajar melangkaui penanda aras akademik.


“Kita harus menggunakan penilaian dengan berhati-hati untuk membantu pelajar kita mencakup kekuatan dan minat mereka, dan untuk mengenal pasti tetapan yang paling sesuai untuk tahap pendidikan seterusnya mereka, dan memperkasakan pelajar untuk sentiasa mengatasi diri mereka sepanjang hayat, dan bukannya berusaha untuk mengatasi orang lain dalam ujian,” katanya.


ISTP, yang diadakan setiap tahun sejak 2011, menghimpunkan menteri pendidikan, pemimpin kesatuan sekerja dan pemimpin guru dari serata dunia untuk mengkaji cara meningkatkan mutu guru, pengajaran dan pembelajaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >