Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Chun Sing, Zaqy saksi bakat penghibur NSF, NSmen

Aug 13, 2025 | 4:15 PM
Zaqy Mohamad, Chan Chun Sing, SDE, MDC
Semasa lawatan ke So Drama! Entertainment (SDE) pada 12 Ogos, Menteri Pertahanan, Encik Chan Chun Sing (barisan kedua, dua dari kiri), dan Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Encik Zaqy Mohamad (barisan kedua, dua dari kanan), berpeluang melihat teknologi canggih termasuk lengan dan kamera robot berkelajuan tinggi, pengeluaran maya serta pengacara ‘avatar’ bernama Mindy. Mereka turut bertemu penghibur Music and Drama Company (MDC), merangkumi anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) dan Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen), yang sedang membuat persiapan untuk persembahan ‘Homegrown’ pada Oktober. - Foto FACEBOOK ZAQY MOHAMAD

Lengan dan kamera robot berkelajuan tinggi, keupayaan pengeluaran maya dan pengacara ‘avatar’ bernama Mindy.

Ini merupakan antara teknologi media canggih yang digunakan So Drama! Entertainment (SDE), yang berpeluang disaksikan Menteri Pertahanan, Encik Chan Chun Sing, dan Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Encik Zaqy Mohamad, semasa lawatan mereka ke syarikat media dan hiburan itu pada 12 Ogos.

SDE, syarikat di bawah Persatuan Askar Kerahan Angkatan Bersenjata Singapura (Safra), sedang mengorak langkah dalam penciptaan kandungan, pementasan digital dan persembahan secara langsung, kata Encik Zaqy dalam satu hantaran Facebook yang ditulis selepas lawatan itu.

Semasa lawatan tersebut, Encik Zaqy turut berpeluang menemui penghibur daripada Music and Drama Company (MDC), yang merangkumi anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) dan Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen), yang sedang membuat persiapan untuk persembahan berjudul, Homegrown, yang akan berlangsung pada Oktober 2025.

“Saya tidak sabar melihat bagaimana SDE terus berinovasi dan mempertingkatkan pentas hiburan tempatan,” kata Encik Zaqy.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg