Cipta kenangan indah Raya keluarga bersama fesyen Simply Rays
Cipta kenangan indah Raya keluarga bersama fesyen Simply Rays
Jenama perjuang konsep busana sedondon, pupuk cinta fesyen warisan Melayu
Setiap kali menjelang Syawal, memilih pakaian Raya bersama keluarga sering menjadi kenangan paling manis.
Antara detik yang mengeratkan hubungan ialah ketika membuat persiapan Raya bersama, memutuskan fesyen busana sedondon dan memilih warnanya, sekali gus menjadikannya kenangan indah sepanjang hayat.
Bagi jenama pakaian tempatan Simply Rays, persiapan Raya sentiasa lebih daripada sekadar membeli-belah.
Ia satu pengalaman bermakna, menyatukan keluarga serta menghidupkan tradisi.
Jenama ini kekal tekal memperjuangkan konsep busana keluarga sedondon sebagai lambang kebersamaan merentasi generasi.
Di sinilah peranan Simply Rays terserlah sebagai pilihan utama keluarga di Singapura, sambil terus memupuk kecintaan terhadap warisan Melayu melalui fesyen, terutama dalam kalangan generasi muda.
GABUNGAN TRADISI DAN MODEN
Pada 2026, Simply Rays sekali lagi tampil dengan koleksi Raya anggun yang menggabungkan sentuhan tradisional dan moden bagi memenuhi cita rasa masa kini.
Palet warna yang lebih berani diperkenal tanpa mengabaikan nilai kesopanan dan pesona yang sinonim dengan busana tradisional.
Koleksi tersebut menampilkan baju kurung dan kebaya untuk wanita, baju Melayu dan kurta kontemporari bagi lelaki, serta set pakaian sedondon khas buat kanak-kanak.
Pengekalan ciri tradisional, Simply Rays bukan sekadar unsur estetika sahaja, malah asas identiti budaya.
“Dalam setiap koleksi, gabungan tradisional dengan sentuhan moden menjadi prinsip asas yang diutamakan kami.
“Tanggungjawab kami sebagai jenama tempatan ialah memastikan busana traditional terus relevan, selesa dipakai dan dekat di hati masyarakat hari ini,” kata pemilik Simply Rays, Cik Raodah Zulkiflee.
RUANG NIAGA DIPERLUAS
Simply Rays turut menyemarakkan sambutan Ramadan dengan memperluaskan ruang perniagaannya di Golden Landmark Atrium, dan menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih luas, selesa dan menyeronokkan.
Pada masa yang sama, kemeriahan menyambut Raya akan lebih dirasai dalam ‘Raya Harmony 2026’ di Golden Landmark Atrium, yang berlangsung dengan kerjasama Simply Rays.
‘Raya Harmony 2026’ menjanjikan pengalaman membeli-belah eksklusif, yang menghimpunkan masyarakat dan jenama tempatan dalam satu lokasi dari 13 Februari hingga 20 Mac, dari 11 pagi hingga 9 malam setiap hari.
Pengunjung juga boleh menikmati reruai foto percuma untuk merakam detik indah persiapan Raya bersama insan tersayang.
Selain itu, pelanggan ditawarkan kupon tempat letak kereta percuma pada hari bekerja bagi memudahkan kunjungan mereka sepanjang Ramadan.
“Bukan sekadar promosi, kami ingin mewujudkan sebuah ruang yang menyatukan keluarga, mengeratkan silaturahim dan membolehkan setiap persiapan Raya dilakukan dengan tenang bagi menyambut kedatangan Syawal,” ujar Cik Raodah.
MEMARTABAT JENAMA TEMPATAN
Sehubungan itu, Simply Rays turut mengharapkan sokongan berterusan daripada warga Singapura bagi memastikan fesyen tradisional yang dibawa jenama itu terus diberi nafas baru dan tidak dilupakan.
“Kami berharap rakyat Singapura terus menyokong jenama tempatan, kerana membina label tempatan memerlukan usaha, perhatian dan komitmen jangka panjang.
“Sudah hampir sedekad Simply Rays bertapak dan kami bersyukur atas kesetiaan pelanggan yang menyokong kami setiap tahun.
“Kepercayaan mereka membolehkan kami berkembang sambil kekal setia pada nilai jenama.
“Sokongan masyarakat bukan sahaja membantu kami berkembang sebagai sebuah perniagaan, malah memberi ruang untuk kami terus berinovasi, meneroka rekaan baru dan memperkukuhkan identiti busana traditional dalam landskap fesyen moden Singapura,” tambah Cik Raodah.
DAPATKAN KOLEKSI TERKINI SIMPLY RAYS
Dapatkan koleksi terbaru Simply Rays di Golden Landmark Shopping Centre (390 Victoria Street, #01-60/61, Singapura 188061); atau di DORS, Design Orchard (250 Orchard Road, #01-01, Design Orchard, Singapura 238905).
Untuk pembelian dalam talian, lungsuri laman web, https://simplyrays.com
Ikuti media sosial @simplyrays (IG) atau @simplyrays (TikTok) bagi mengikuti perkembangan terkini mereka.

