Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

COE Kategori A turun 10% kepada $89,889; premium kategori lain juga susut

Nov 20, 2024 | 6:37 PM
Ini adalah pelaksanaan tender ketiga berturut-turut yang menyaksikan harga COE Kategori A jatuh.
Ini adalah pelaksanaan tender ketiga berturut-turut yang menyaksikan harga COE Kategori A jatuh. - Foto ST

Harga premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) turun merentasi semua kategori kecuali kenderaan komersial pada 20 November, dengan harga sijil untuk kereta yang lebih kecil susut sebanyak $10,000 kepada $89,889.

Ini adalah penurunan 10 peratus dan merupakan tender ketiga berturut-turut dengan harga COE Kategori A telah susut.

Ia juga merupakan penurunan terbesar bagi Kategori A – yang merangkumi kereta serta kenderaan elektrik (EV) yang lebih kecil dan kurang berkuasa – sejak pelaksanaan tender pertama pada Januari, apabila harga sijil Kategori A susut sebanyak $19,990, lapor The Straits Times.

Premium bagi COE Kategori B, yang digunakan untuk mendaftarkan kereta dan EV yang lebih besar dan lebih berkuasa, pula jatuh 2.7 peratus kepada $105,081 berbanding $108,001 dalam bidaan lalu.

Harga COE kategori Terbuka (Kategori E) berakhir pada $107,501 – sekitar 1.4 peratus lebih rendah berbanding $109,000 yang direkodkan dua minggu lalu.

Sijil Kategori E boleh digunakan untuk mendaftar bagi sebarang jenis kenderaan kecuali motosikal, tetapi kebanyakannya digunakan untuk kereta yang lebih besar dan lebih berkuasa.

Harga COE motosikal (Kategori D) pula merosot 4.6 peratus kepada $8,669, berbanding $9,089 pada tender sebelumnya.

Hanya premium COE kenderaan komersial (Kategori C) yang meningkat sekitar 1 peratus kepada $69,000, berbanding $68,340 dua minggu lalu.

COE diperlukan untuk mendaftarkan kenderaan bagi digunakan di Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg