Topik diikuti
Pergi ke BHkuContoh hasil inisiatif Pengantaraan Bersama dalam kes cerai
Contoh hasil inisiatif Pengantaraan Bersama dalam kes cerai
Contoh hasil inisiatif Pengantaraan Bersama dalam kes cerai
Terdapat banyak konflik dan ketegangan dalam proses perceraian Encik Danial dan Cik Nurul (bukan nama sebenar).
Mereka tidak bersetuju terhadap pendirian mengenai hak penjagaan dua anak mereka, Adam dan Aliya (bukan nama sebenar), masing-masing berusia 10 dan lapan tahun.
Malah, Mahkamah Syariah turut mengenal pasti risiko besar seperti sejarah keganasan antara pasangan itu, serta hukuman keras oleh Cik Nurul terhadap anak-anak mereka sehingga mengakibatkan kecederaan yang memerlukan rawatan.
Inisiatif Pengantaraan Bersama – atau Co-mediation – berjaya memberi gambaran yang lebih jelas kepada Pakar Terapeutik Mahkamah mengenai isu keselamatan, keadaan hubungan, serta kesannya terhadap anak-anak mereka.
Lantas, ia membantu beberapa pihak berkepentingan, termasuk Mahkamah Syariah, Pusat Pakar Perlindungan Kanak-Kanak (CPSC) dan agensi khidmat sosial (SSA), mengemudi kes tersebut dengan lebih teliti.
Ketika berucap di Forum Amalan Mahkamah Syariah 2026 di hotel Grand Hyatt Singapore pada 31 Julai, Pakar Terapeutik Kanan, Mahkamah Syariah, Cik Shifaa Mohamed Amin, menarik perhatian bahawa kes seperti itu menonjolkan kerjasama bermakna dan praktikal antara aspek undang-undang dengan khidmat sosial menerusi inisiatif Pengantaraan Bersama.
“Di sebalik menyelesaikan segala kekusutan dalam mencipta pelan keibubapaan pada fasa ini, fokus Pengantaraan Bersama adalah untuk tenangkan keadaan.
“Ini termasuk meneliti aturan akses interim (bersifat sementara) yang boleh dicapai dengan selamat serta langkah perlindungan yang secukupnya, sementara persoalan jangka panjang sedang diusahakan,” ujar beliau.
Beliau menambah bahawa gambaran yang lebih menyeluruh amat penting kerana ia mencorak cara pengurusan kes tersebut.
Malah, kebimbangan mengenai aspek keselamatan yang didedahkan sejak awal boleh menghasilkan penyelesaian kes yang lebih baik.