Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Corporate Monitor keluarkan laporan tentang SingPost

Aug 27, 2024 | 6:04 PM
Corporate Monitor, sebuah  badan tidak mencari untung yang menjalankan penyelidikan ke atas syarikat tersenarai di SGX, baru sahaja mengeluarkan laporan awam mengenai Singapore Post Limited (SingPost).
Corporate Monitor, sebuah  badan tidak mencari untung yang menjalankan penyelidikan ke atas syarikat tersenarai di SGX, baru sahaja mengeluarkan laporan awam mengenai Singapore Post Limited (SingPost). - Foto fail

Corporate Monitor, sebuah badan tidak mencari untung yang menjalankan penyelidikan ke atas syarikat tersenarai di Bursa Singapura (SGX), telah mengeluarkan laporan awam mengenai Singapore Post Limited (SingPost).

Dalam laporan yang dikeluarkan pada 27 Ogos, ia berkata walaupun SingPost pada 2023 meraikan ulang tahun ke-165, perkhidmatan posnya terus menimbulkan cabaran strategik terbesar bagi syarikat itu.

“Perniagaan Pos dan Bungkusan Singapura mengalami kerugian pada 2023 dan melaporkan keuntungan kecil $7.5 juta pada 2024 selepas pemerintah bersetuju menaikkan kadar pos.

“Syarikat itu mengakui pertumbuhan ketara dalam perniagaan ini mencabar. Mengelakkan kerugian mungkin hasil terbaik.

“SingPost telah cuba mengembangkan perniagaan logistik e-dagang untuk mengimbangi masalah pos,” ujar laporan itu.

Diterbitkan di laman web, Corporate Monitor, laporan itu menyatakan dengan adanya cabaran pasaran daripada pesaing, perkhidmatan pos SingPost akan “sebaik-baiknya dapat melihat pertumbuhan kecil sahaja”.

Ini laporan kedua yang dikeluarkan pada 2024 oleh Corporate Monitor sejak ia dibentuk pada Mei.

Sebelum ini ia mengeluarkan laporan tadbir urus tentang ComfortDelGro.

Ia membentangkan kebimbangannya tentang pemerolehan syarikat itu yang disifatkan sebagai “tidak masuk akal dari segi dasar kewangan”.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg