Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: S'pura sokong langkah Saudi pastikan keselamatan jemaah, kata Masagos

Mar 7, 2020 | 9:29 PM
Jemaah mengambil gambar Kaabah dari dalam Masjidil Haram pada 6 Mac 2020, sehari selepas pihak Saudi menutup kawasan masjid itu bagi kerja pembersihan.
Jemaah mengambil gambar Kaabah dari dalam Masjidil Haram pada 6 Mac 2020, sehari selepas pihak Saudi menutup kawasan masjid itu bagi kerja pembersihan. - Foto: AFP

SINGAPURA mengalu-alukan langkah pencegahan yang diambil Arab Saudi, termasuk melarang umrah buat sementara waktu, untuk memastikan keselamatan jemaah dan mengekalkan kesejahteraan Makkah and Madinah, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

"Keputusan ini mencerminkan keutamaan yang diberikan oleh Kerajaan Arab Saudi kepada kesihatan dan keselamatan jemaah dan masyarakat dunia, sejajar dengan ajaran Islam," kata Encik Masagos dalam satu catatan di Facebook pada Sabtu (7 Mac).

Beliau menyampaikan sokongan Singapura ini kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Mohammad Saleh Bin Taher Benten melalui sepucuk surat.

Dalam surat itu, beliau juga berkongsi bahawa beliau telah meminta Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan Islam Singapura (AMTAS) untuk bekerjasama dengan pihak ejen dan jemaah Singapura yang terjejas agar mereka faham betapa gentingnya langkah ini.

Baca laporan lepas:

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg