Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Cuti sekolah: Trafik dijangka sesak di pusat pemeriksaan Woodlands, Tuas

Nov 11, 2024 | 6:55 PM
Dari 15 November 2024 hingga 1 Januari 2025, pengembara yang menggunakan laluan darat perlu mengambil kira masa menunggu tambahan, terutama pada hujung minggu.
Dari 15 November 2024 hingga 1 Januari 2025, pengembara yang menggunakan laluan darat perlu mengambil kira masa menunggu tambahan, terutama pada hujung minggu. - Foto ZAOBAO

Pengembara yang menuju ke Malaysia boleh menjangkakan lalu lintas sesak di pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas semasa cuti sekolah akhir tahun 2024, kata Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).

Dari 15 November 2024 hingga 1 Januari 2025, pengembara yang menggunakan lintasan darat perlu mengambil kira masa menunggu tambahan, terutama pada hujung minggu.

Sebagai alternatif, mereka boleh memilih perkhidmatan bas rentas sempadan, kata ICA dalam satu kenyataan pada 11 November.

Pengembara juga perlu bekerjasama dengan pegawai ICA, mematuhi peraturan lalu lintas dan menjaga disiplin lorong, tambahnya.

Lebih lima juta pengembara menyeberang ke Malaysia di pusat pemeriksaan darat semasa cuti sekolah September dari 30 Ogos hingga 8 September, lapor The Straits Times.

Bilangan mencecah rekod – lebih 543,000 orang – melintasi pusat-pusat pemeriksaan tersebut pada 6 September.

ICA berkata pengembara yang menaiki kereta terpaksa menunggu sehingga tiga jam untuk melepasi imigresen pada waktu sibuk kerana kesesakan di bahagian Malaysia.

Sebelum pergi ke pusat pemeriksaan, pemandu boleh menyemak keadaan lalu lintas menggunakan laman web One Motoring Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) atau Sistem Nasihat Pemantauan Ekspreswe di Ekspreswe Bukit Timah (BKE) dan Ekspreswe Ayer Rajah (AYE).

ICA menambah bahawa pengembara juga perlu memastikan pasport mereka sah untuk sekurang-kurangnya enam bulan.

Mereka yang mengembara menaiki kereta dan motosikal turut digalakkan menggunakan kod respons pantas (QR), dan bukannya pasport, agar pelepasan imigresen lebih cepat dan mudah.

Penduduk tetap (PR) Singapura yang telah perbaharui pasport mereka perlu memindahkan permit kemasukan semula mereka ke pasport baru.

Pemegang pas jangka panjang pula perlu memaklumkan ICA atau Kementerian Tenaga Manusia (MOM) tentang sebarang perubahan dalam butiran pasport mereka sebelum masuk ke Singapura.

ICA mengingatkan pemandu kenderaan asing yang ingin memasuki Singapura supaya memastikan Permit Masuk Kenderaan (VEP) daripada LTA mereka sah.

Mereka yang tidak mempunyai kad Autopass yang sah, e-mel kelulusan VEP daripada LTA atau insurans yang sah akan disuruh berpatah balik.

Mereka yang mempunyai denda tertunggak juga akan ditolak daripada memasuki Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg