Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dadah bernilai sekitar $330,000 dirampas, 5 lelaki S’pura ditahan

Sep 19, 2024 | 6:44 PM
Dadah yang dirampas Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam satu operasi antidadah di Anchorvale Lane pada 17 September termasuk kira-kira 6.15 kilogram ganja.
Dadah yang dirampas Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam satu operasi antidadah di Anchorvale Lane pada 17 September termasuk kira-kira 6.15 kilogram ganja. - Foto CNB

Dadah bernilai kira-kira $330,000 dirampas dalam satu operasi antidadah pada 17 September, dan lima lelaki warga Singapura ditahan kerana disyaki mengedar dadah.

Lelaki tersebut berusia antara 19 dengan 39 tahun.

Biro Narkotik Pusat (CNB) berkata pada 19 September bahawa dadah dirampas berpotensi digunakan oleh 1,480 penagih selama seminggu.

Pada pagi 17 September, pegawai CNB menahan seorang lelaki berusia 26 tahun di tempat letak kereta di estet kediaman berhampiran Anchorvale Lane. Lelaki itu ditemui memiliki kira-kira 32 gram Ice, atau metamfetamin, kata CNB.

Pada masa sama, pegawai CNB menyerbu unit kediaman di estet yang sama, di mana empat lelaki lain ditahan.

Kira-kira 6.15 kilogram ganja, 777 gram Ice, 281 gram Ecstasy, 693 setem LSD (lysergik asid diethylamide) dan 1,378 pil Erimin-5 telah dirampas.

Pegawai CNB kemudian mengiringi salah seorang suspek ke keretanya, di mana kira-kira 375 gram ganja, 129 gram Ice, 11 gram Ecstasy dan 51 pil Erimin-5 ditemui.

Tiga kanak-kanak, berusia 11, 13 dan 15 tahun, berada di dalam unit tersebut ketika ia diserbu. Kanak-kanak tersebut kini sedang dijaga oleh waris mereka.

Unit kediaman kelima-lima suspek kemudiannya digeledah, dan kira-kira 19 gram Ice, dua setem LSD dan lima pil Erimin-5 ditemui dalam salah satu unit tersebut yang terletak di sekitar Tampines North Drive 1.

Mereka yang didapati bersalah mengedar lebih daripada 250 gram Ice atau lebih daripada 500 gram ganja di Singapura mungkin berdepan hukuman mati.

Siasatan sedang dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg