Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Daftar, jual kad SIM tanpa izin pelanggan: Lelaki didenda $48,000

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Daftar, jual kad SIM tanpa izin pelanggan: Lelaki didenda $48,000

Jan 17, 2024 | 08:19 PM



Seorang peniaga telefon bimbit telah didenda $48,000 kerana mengeksploitasi data peribadi pelanggan untuk mendaftarkan kad SIM tanpa pengetahuan atau persetujuan mereka, sebelum menjualnya.

Suruhanjaya Perlindungan Data Peribadi (PDPC) mendedahkan pada 17 Januari bahawa Koh Wei Ming, juga dikenali sebagai Muhammad Amin Koh, didapati menjual lebih 1,000 kad SIM secara haram kepada pembeli tidak diketahui dalam tempoh empat tahun.

Dia menganggarkan raih untung sekitar $35,000.

Perbuatan itu secara langsung melanggar Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA), kerana pelanggan tidak menyedari bahawa maklumat peribadi mereka dieksploitasi untuk pendaftaran kad SIM.

Siasatan bermula selepas hampir 1,400 aduan dibuat antara Februari 2020 dan September 2021.

Orang ramai melaporkan menerima mesej pemasaran yang tidak diminta walaupun telah didaftarkan di bawah Daftar Jangan Panggil.

PDPC mengesan sumber mesej itu kepada 95 kad SIM prabayar yang Koh telah jual melalui kedainya, Mobile Chat, di Geylang.

Dia mengimbas dokumen pengenalan diri seperti kad pengenalan dan pasport sebanyak dua kali, mendaftar dua kad SIM tetapi hanya menyerahkan satu kepada pelanggan. Kad kedua akan dijual secara haram.

Selain itu, jika pelanggan memutuskan untuk tidak membeli kad SIM selepas pendaftaran, Koh akan menyimpan dan mengaktifkan kad tersebut tanpa kebenaran pelanggan untuk penjualan berikutnya.

Penemuan PDPC menunjukkan bahawa 95 kad SIM yang dijual Koh didaftarkan di bawah nama 73 individu tanpa kebenaran mereka.

Namun, bilangan sebenar individu terjejas mungkin lebih tinggi, kerana Koh mengaku menjual purata 250 kad SIM prabayar setiap tahun dalam tempoh empat tahun.


Dalam menentukan denda, PDPC mempertimbangkan kesukaran untuk mengesan pelanggaran tersebut, potensi kad SIM prabayar digunakan dalam aktiviti jenayah, melakukan dengan sengaja dan berpanjangan.


Rayuannya tidak dikenakan denda kerana kesukaran peribadi dan kewangan sebagai pencari nafkah keluarga ditolak kerana dia gagal untuk membuktikan dakwaannya.


Sebelum ini, pada September 2023, Koh dijatuhi hukuman penjara 16 bulan kerana mengubah suai sistem komputer M1 secara haram untuk mendaftarkan kad SIM prabayar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >