Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Daftar kad SIM prabayar palsu: 2 diberkas, 8 disiasat lepas 3 kedai diserbu

Mar 20, 2025 | 3:19 PM
Polis merampas telefon bimbit, buku nota dengan catatan, kad SIM dan dokumen dengan kod Respons Pantas (QR) syarikat telekomunikasi dalam serbuan ke atas 3 kedai.
Polis merampas telefon bimbit, buku nota dengan catatan, kad SIM dan dokumen dengan kod Respons Pantas (QR) syarikat telekomunikasi dalam serbuan ke atas 3 kedai. - Foto SPF

Dua lelaki, berusia 30 dan 58 tahun, ditangkap kerana disyaki terlibat dalam pendaftaran kad SIM prabayar palsu, selepas tiga kedai telefon bimbit diserbu polis pada 5 Mac.

Lapan individu – tujuh lelaki dan seorang wanita, berusia antara 27 dan 50 tahun – turut disiasat, menurut satu kenyataan polis pada 20 Mac.

Kedai yang diserbu ialah ARS Digital World di 182 Serangoon Road, Univercell Mobiles Technology di 256 Serangoon Road, dan Icares Mobile Services di 200 Woodlands Industrial Park, lapor The Straits Times.

Operasi itu dijalankan oleh pegawai daripada Pasukan Serbuan Peminjaman Wang Tanpa Lesen di bawah Jabatan Siasatan Jenayah (CID).

Siasatan awal mendapati suspek disyaki menggunakan maklumat pelanggan sebenar untuk mendaftar kad SIM prabayar tambahan.

Pelbagai telefon bimbit, dokumen pendaftaran telefon bimbit dan kad SIM dirampas semasa operasi itu, tambah polis.

Kesemua 10 suspek disiasat kerana mendapatkan maklumat peribadi secara haram, mengubah bahan komputer tanpa kebenaran, dan memudahkan pendaftaran kad SIM palsu yang menyokong kegiatan jenayah.

Setiap kesalahan itu membawa hukuman denda hingga $10,000, penjara hingga tiga tahun, atau kedua-duanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai penyalahgunaan kad SIM, orang ramai boleh melawat laman web Pasukan Polis Singapura atau menghubungi talian polis di 1800-255-0000.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg