Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pindaan perundangan bagi halang salah guna kad SIM tempatan: Shanmugam

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pindaan perundangan bagi halang salah guna kad SIM tempatan: Shanmugam

Feb 29, 2024 | 08:21 PM



Kementerian Dalam Negeri (MHA) akan memperkenalkan undang-undang baru pada Mac 2024 bagi menghukum penyalahgunaan kad SIM tempatan untuk membuat penipuan.

Demikian dikatakan Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang, Encik K. Shanmugam, pada 29 Februari di Parlimen, ketika beliau menyentuh tentang keadaan penipuan di Singapura semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) MHA.

Beliau menambah bahawa tiada penyelesaian yang kukuh untuk membanteras penipuan, melainkan “mengurangi penggunaan pendigitalan” yang menurutnya, adalah tidak mungkin.

“Tiada lagi beli-belah dalam talian, tiada telefon pintar dan media sosial, tiada perbankan Internet. Ini sudah tentu tidak mungkin dapat dilakukan.

“Barisan pertahanan utama terpulang kepada semua individu, yang harus menjaga diri sendiri dan rakan serta keluarga daripada penipuan. Pemerintah juga telah mengadakan kempen kesedaran awam yang meluas,” jelas Encik Shanmugam.

Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, pula berkongsi bahawa walaupun usaha telah diselaraskan oleh agensi pemerintah untuk membanteras penipuan, penipu telah mengubah kaedah mereka untuk memintas penyekatan panggilan luar negara.

Beliau menjelaskan bahawa penipu melakukan demikian dengan menggunakan kad SIM Singapura supaya mereka boleh membuat panggilan penipuan dan menghantar SMS.

“Untuk menangani perkara ini, kami akan memperkenalkan kesalahan untuk menghalang penyalahgunaan kad SIM tempatan bagi penipuan dan kegiatan jenayah lain,” kata Cik Sun.

Selain itu, MHA akan mempertingkatkan ScamShield untuk mebaiki ketepatan pengesanan penipuan khidmat pesanan ringkas (SMS), serta membolehkan pengguna melaporkan penipuan dengan lebih mudah.

Cik Sun juga berkata Singapura akan menyertai Sidang Puncak Penipuan Sejagat yang buat julung-julung kali diadakan pada Mac 2024, untuk terus menjalin perkongsian antarabangsa bagi menangani penipuan.

Persidangan tersebut ialah acara peringkat menteri antarabangsa pertama yang tertumpu secara eksklusif kepada isu penipuan, dan akan dihadiri oleh wakil pemerintah dan industri.

Menurut Cik Sun, walaupun pelbagai platform dalam talian telah bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memerangi penipuan, Meta berulang kali enggan membangunkan langkah keselamatan pada platformnya untuk menangani penipuan.

Walaupun Facebook menyumbang hampir separuh daripada kes penipuan e-dagang pada 2023, Meta tidak mewujudkan ciri keselamatan yang disyorkan untuk melindungi pengguna daripada penipuan, jelas Cik Sun.

Beliau berkata bahawa pada 2023, Facebook Marketplace disenaraikan sebagai platform terendah dalam Penilaian Keselamatan Urus Niaga Ruang Pemasaran E-Dagang (TSR) MHA untuk tahun kedua berturut-turut.

Secara keseluruhan, Encik Shanmugam berkata Singapura terus mencapai kedudukan baik dalam penilaian antarabangsa dari segi keselamatan. Menukil Indeks Kedaulatan Undang-undang Projek Keadilan Dunia 2023, beliau berkata:

“Singapura disenaraikan sebagai salah satu daripada tiga negara teratas dalam kategori ‘Ketenteraman dan Keselamatan’ buat kali ketujuh berturut-turut. Situasi jenayah fizikal dan dadah di Singapura secara relatif kekal stabil dan terkawal.”

Namun, beliau mendedahkan bahawa penipuan ialah pemacu utama jenayah pada 2023, dengan lebih daripada 46,000 kes penipuan dilaporkan, naik kira-kira 50 peratus daripada 2022, manakala lebih $650 juta dilaporkan ditipu.

Selain keadaan penipuan di Singapura, Encik Shanmugam menyentuh tentang Jawatankuasa Antara Kementerian (IMC) yang ditubuhkan pada 2023 bagi menangani masalah dadah dalam kalangan remaja.

Salah satu daripada inisiatif IMC ialah menetapkan Jumaat ketiga pada setiap Mei, mulai 2024, sebagai ‘Hari Peringatan Mangsa Dadah’ bagi mengingati mangsa penyalahgunaan dadah.

Menurut Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, pendekatan pemulihan daripada Pasukan Home Team adalah berkesan.

“Kami telah mengurangkan kadar dua tahun bekas pesalah daripada kembali melakukan kesalahan. Antara 2000-an dengan 2020-an sebanyak separuh, daripada 40 peratus dahulu kepada sekitar 20 peratus sekarang,” ujar Dr Faishal.

Di samping itu, Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri yang juga Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, berkata Pasukan Home Team telah memperkemas dan mengautomasikan aliran kerja dalaman supaya kakitangan dapat memberi tumpuan kepada tugas yang lebih penting.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Encik Patrick Tay (SMC Pioneer), Encik Murali Pillai (SMC Bukit Batok), dan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) Dr Razwana Begum Abdul Rahim tentang usaha Pasukan Home Team untuk menangani kekangan tenaga kerja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >