Dana $200j pertingkat guna AI untuk jagaan pencegahan kesihatan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dana $200j pertingkat guna AI untuk jagaan pencegahan kesihatan

MOH turut labur dalam data genomik dalam tempoh lima tahun
Oct 10, 2024 | 7:17 PM

Dana $200j pertingkat guna AI untuk jagaan pencegahan kesihatan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung (tiga dari kanan), semasa majlis perasmian Kongres Kesihatan dan Bioperubatan Singapura ke-22 di Singapore Expo, pada 10 Oktober.
Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung (tiga dari kanan), semasa majlis perasmian Kongres Kesihatan dan Bioperubatan Singapura ke-22 di Singapore Expo, pada 10 Oktober. - Foto ZAOBAO

Institusi penjagaan kesihatan awam Singapura akan menerima dana $200 juta sokongan daripada pemerintah untuk mempertingkatkan penggunaan alat kecerdasan buatan (AI) dan data genomik, dalam menambah baik penjagaan pencegahan bagi pesakit.

Kementerian Kesihatan (MOH) akan melabur jumlah itu dalam tempoh lima tahun, yang akan disuntik ke dalam Dana Inovasi Kesihatan MOH.

Ia berasingan daripada pelaburan pemerintah dalam penyelidikan dan inovasi melalui inisiatif Penyelidikan, Inovasi dan Perusahaan, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, ketika mengumumkan langkah itu.

“MOH akan mengenal pasti teknologi atau kes penggunaan yang terbukti berkesan dan berimpak tinggi, dan memperluaskannya ke dalam seluruh sistem projek (penjagaan kesihatan) nasional,” jelasnya.

Berucap semasa majlis perasmian Kongres Kesihatan dan Bioperubatan Singapura ke-22 di Singapore Expo pada 10 Oktober, Encik Ong berkata penyepaduan genomik, AI dan tumpuan kepada penjagaan pencegahan akan memberi kesan yang mendalam terhadap penjagaan kesihatan.

Inovasi dalam penjagaan kesihatan hanya boleh mencapai potensi sepenuhnya apabila orang ramai dilindungi daripada risiko utama (penyakit), tambahnya.

Menurut laporan The Straits Times (ST), tiga inisiatif teknologi penjagaan kesihatan sedang diusahakan untuk tempoh satu atau dua tahun akan datang.

Menjelang pertengahan 2025, MOH akan melancarkan program ujian genetik nasional untuk hiperkolesterolemia keluarga (FH) atau tahap kolesterol yang tinggi – penyakit keturunan yang menjejas keupayaan tubuh memproses kolesterol dan meningkatkan risiko sakit jantung.

Menjelang akhir 2025, pengemaskinian rekod secara automatik juga akan dilaksanakan di seluruh sistem penjagaan kesihatan awam.

Dengan itu, pegawai penjagaan kesihatan dapat meluangkan lebih banyak masa menjaga pesakit dan kurang sibuk dengan tugas rutin.

Di samping itu, jika penggunaan AI dalam pembacaan saringan barah buah dada terbukti berkesan, mamografi (pemeriksaan x-ray bagi buah dada) di seluruh sistem penjagaan kesihatan akan dilancarkan secara berperingkat mulai akhir 2025.

Peraturan yang mantap dalam penjagaan kesihatan berfungsi untuk memastikan pertimbangan oleh pakar penjagaan kesihatan kekal dilaksanakan, walaupun sektor itu dipertingkatkan oleh AI, katanya.

“Namun, kita tidak boleh terlalu keterlaluan – menyekat diri kita dengan undang-undang dan peraturan, dan tidak memanfaatkan penggunaan AI.

“Kita harus proaktif dalam mengenal pasti penggunaan AI dalam penjagaan kesihatan dan menyesuaikan undang-undang dan peraturan untuk membenarkan (penggunaannya),” tambahnya.

Encik Ong berkata pada tahun-tahun mendatang, MOH akan meningkatkan sistem teknologi maklumat (IT) mereka untuk memacu inovasi, sambil memastikan keselamatan siber dan menjaga privasi data.

Peralatan kecerdasan buatan generatif Gen AI juga akan dimasukkan ke dalam sistem, sebagai sebahagian daripada aliran kerja klinikal dan operasinya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg