Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

MOH, AIC umum laluan kerjaya baru bagi kakitangan penjagaan sokongan

Buka peluang dalam sektor jagaan masyarakat bagi pekerja majukan diri
Oct 2, 2024 | 7:54 PM
Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, di majlis Anugerah Pembangunan Tenaga Manusia Penjagaan Masyarakat dan Anugerah Kecemerlangan 2024 pada 2 Oktober. 
Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, di majlis Anugerah Pembangunan Tenaga Manusia Penjagaan Masyarakat dan Anugerah Kecemerlangan 2024 pada 2 Oktober.  - Foto ZAOBAO
Cik Nur Syaqilah Mohamad (kiri) menerima Anugerah Pembangunan Tenaga Kerja Penjagaan Masyarakat (CCMDA) daripada Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam (kanan), di majlis Anugerah Pembangunan Tenaga Manusia Penjagaan Masyarakat dan Anugerah Kecemerlangan 2024 pada 2 Oktober. 
Cik Nur Syaqilah Mohamad (kiri) menerima Anugerah Pembangunan Tenaga Kerja Penjagaan Masyarakat (CCMDA) daripada Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam (kanan), di majlis Anugerah Pembangunan Tenaga Manusia Penjagaan Masyarakat dan Anugerah Kecemerlangan 2024 pada 2 Oktober.  - Foto AIC
Cik Nur Syaqilah Mohamad antara 118 individu yang menerima Anugerah Pembangunan Tenaga Kerja Penjagaan Masyarakat (CCMDA) di majlis Anugerah Pembangunan Tenaga Manusia Penjagaan Masyarakat dan Anugerah Kecemerlangan 2024 pada 2 Oktober. 
Cik Nur Syaqilah Mohamad antara 118 individu yang menerima Anugerah Pembangunan Tenaga Kerja Penjagaan Masyarakat (CCMDA) di majlis Anugerah Pembangunan Tenaga Manusia Penjagaan Masyarakat dan Anugerah Kecemerlangan 2024 pada 2 Oktober.  - Foto ZAOBAO

Satu laluan kerjaya baru yang menyediakan peluang bagi kakitangan penjagaan sokongan dalam sektor penjagaan masyarakat telah diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH) dan Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC).

Diberi nama Laluan Kerjaya Penjagaan Masyarakat, ia meluaskan peranan kumpulan ini dan mengupaya mereka untuk dikerah secara silang dalam pelbagai sekitaran penjagaan.

Mengumumkannya di majlis Anugerah Pembangunan Tenaga Manusia Penjagaan Masyarakat (CCMDA) dan Anugerah Kecemerlangan Penjagaan Masyarakat (CCEA) pada 2 Oktober, tetamu terhormat Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam, berkata:

“Sedang kita mengenal pasti usaha pekerja penjagaan kesihatan untuk mempertingkat dan memberi impak yang lebih hebat kepada peranan mereka, MOH dan AIC komited untuk menyokong aspirasi ini dengan menghasilkan laluan memajukan kerjaya yang sejajar dengan keperluan masyarakat yang berubah.

“Saya dengan senang hati berkongsi bahawa Laluan Kerjaya Penjagaan Masyarakat bagi kakitangan penjagaan sokongan, yang awalnya diperintiskan pada 2021, kini sedia diterapkan di seluruh sektor itu.

“Laluan baru ini menawarkan peluang baru bagi kemajuan kakitangan penjagaan sokongan, dengan meluaskan peranan dan mengupayakan mereka untuk dikerah secara silang di seluruh sekitaran penjagaan.”

Dalam usaha menyediakan kakitangan penjagaan sokongan dengan peranan baru mereka, AIC dengan kerjasama MOH, SkillsFuture Singapore, serta pihak berkepentingan dalam industri, telah mengiktiraf latihan dan pembangunan kakitangan Bersekutu Penjagaan Masyarakat sebagai sebahagian daripada Rangka Kerja bagi Kemahiran Penjagaan Kesihatan, kata Cik Rahayu.

Sejauh ini kumpulan pertama seramai 12 kakitangan telah memulakan latihan ini pada Julai.

Selepas selesai, mereka akan menerima Sijil Lanjutan WSQ dalam Penjagaan Kesihatan bagi Penjagaan Masyarakat.

“Dengan pensijilan ini, dan latihan yang berterusan, kumpulan ini boleh bergerak dengan memainkan peranan di mana mereka akan bekerja rapat dengan para klinisian dan pakar terapi untuk menyediakan penjagaan menyeluruh bagi menyokong kesejahteraan fizikal dan klinikal para klien,” tambahnya.

Di acara itu juga, seramai 118 individu menerima CCMDA pada 2024.

CCMDA merupakan anugerah pembelajaran dan menawarkan sokongan latihan serta peluang bagi kededua kakitangan baru dan yang sedang berkhidmat dalam sektor penjagaan masyarakat.

Menurut Cik Rahayu, sejak diperkenalkan pada 2017, CCMDA telah menyokong pembangunan profesional seramai lebih 980 individu.

Sementara itu seramai 229 penerima termasuk 209 anugerah individu telah diiktiraf menerusi CCEA – yang meraikan dedikasi para individu serta pasukan yang telah menunjukkan kepada kakitangan kanan khidmat serta komitmen cemerlang dalam menyampaikan penjagaan berkualiti mereka.

Sejak CCEA mula diperkenalkan pada 2014, hampir 2,000 individu serta pasukan telah menerima anugerah tersebut.

Salah seorang penerima anugerah individu CCMDA ialah Cik Nur Syaqilah Mohamad, 25 tahun yang merupakan jururawat kanan di Hospital Masyarakat Yishun.

Beliau kini sedang bekerja dalam wad paliatif, di mana minatnya dalam bidang itu terus mendalam.

Ini memberinya inspirasi untuk meneruskan pendidikannya dan kini beliau sedang mengikuti kursus Diploma Kejururawatan di Politeknik Nanyang (NYP) bagi beliau meluaskan pengetahuan dan kemahirannya.

“Ini agar saya dapat meneruskan kepakaran dalam penjagaan paliatif,” ujarnya lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg