Dana Kerjasama SG rangsang warga aktif kemuka, laksana usul

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Dana Kerjasama SG rangsang warga aktif kemuka, laksana usul

Tiga peringkat sokongan, ‘Seed Tier’, ‘Sprout Tier’, dan ‘Scale Tier’, akan ditawar
Mar 5, 2026 | 6:26 PM

Dana Kerjasama SG rangsang warga aktif kemuka, laksana usul

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Kaizen See, tujuh tahun (kiri) ibunya Cik Faith Ong, 43 tahun (tengah), dan Kay See, sembilan tahun (kanan) menyediakan beg cenderahati di rumah mereka pada 12 Februari. Keluarga itu memulakan inisiatif, Little Hands, Big Hearts, untuk mengenal pasti dan menangani keperluan masyarakat, dan ia telah diberikan sehingga $5,000 di bawah Dana Singapura Kita (OSF). Dana Kerjasama SG yang baharu akan dibina dari OSF yang mula diperkenalkan pada 2016.
Kaizen See, tujuh tahun (kiri) ibunya Cik Faith Ong, 43 tahun (tengah), dan Kay See, sembilan tahun (kanan) menyediakan beg cenderahati di rumah mereka pada 12 Februari. Keluarga itu memulakan inisiatif, Little Hands, Big Hearts, untuk mengenal pasti dan menangani keperluan masyarakat, dan ia telah diberikan sehingga $5,000 di bawah Dana Singapura Kita (OSF). Dana Kerjasama SG yang baharu akan dibina dari OSF yang mula diperkenalkan pada 2016. - Foto ST

Dana Kerjasama SG (SGPF) bernilai $50 juta yang diumum semasa Belanjawan 2026 akan memainkan peranan penting dalam merangsang dan memperkukuh warga yang aktif, kata Menteri Negara Kanan (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling.

Bercakap semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), Cik Low berkata SGPF akan menawarkan pembiayaan dalam tiga peringkat sokongan untuk inisiatif peringkat awal oleh individu, kumpulan dan badan yang membawa manfaat kepada masyarakat.

‘Seed Tier’ atau Peringkat Awal akan menyediakan individu dengan pembiayaan sehingga $5,000 dan sehingga 100 peratus kos program yang boleh disokong, dan mereka mempunyai tempoh sehingga setahun untuk memulakan inisiatif rintis dan menguji idea baru dalam masyarakat.

“Kami berharap pada peringkat ini, dengan proses permohonannya yang mudah, akan mendorong lebih ramai individu dan pada peringkat awal untuk mengemukakan idea mereka, tidak kira betapa kecilnya, untuk menangani keperluan masyarakat atau memperbaiki kehidupan rakan senegara mereka,” kata Cik Low.

‘Sprout Tier’ atau Peringkat Membangun pula akan menyediakan pembiayaan yang lebih tinggi sehingga $50,000 dan sehingga 80 peratus daripada kos program yang boleh disokong dalam tempoh pelaksanaan sehingga dua tahun.

Pembiayaan itu adalah bagi individu, badan masyarakat (dari bawah) atau pertubuhan berdaftar yang ingin mengembangkan kesan mereka merentasi pelbagai masyarakat, melibatkan warganegara, kumpulan dan pertubuhan lain dalam mewujud dan melaksanakan projek bersama.

“Untuk layak ke ‘Sprout Tier’, individu atau badan masyarakat perlu menunjukkan rekod prestasi dalam melaksanakan projek serupa atau telah menjalankan projek rintis yang berjaya bagi idea yang dicadangkan,” jelas Cik Low.

‘Scale Tier’ atau Peringkat Skala – peringkat yang tertinggi – akan menyediakan pembiayaan sehingga $1 juta untuk pertubuhan berdaftar bagi melancarkan inisiatif utama yang memberi kesan seluruh sektor, memupuk perkongsian merentas sektor dan mengembangkan penyertaan atau kapasiti sivik.

Ia juga akan menyediakan pembiayaan sehingga 80 peratus daripada kos program dan kapasiti pertubuhan yang boleh disokong dan tempoh pelaksanaan sehingga tiga tahun.

“Sama seperti ‘Sprout’, pemohon untuk peringkat ini perlu menunjukkan kejayaan terdahulu dalam melaksanakan projek serupa dan idea yang diusulkan telah mencapai hasil ketara dalam projek rintis,” tambah Cik Low.

Sebagai respons kepada soalan Anggota Parlimen (AP), Cik Elysa Chen (GRC Bishan-Toa Payoh), yang bertanya tentang memperuntukkan pembiayaan SGPF bagi menyokong inisiatif belia atau ibu bapa, Cik Low berkata MCCY akan memastikan ia kekal mudah diakses.

Ia khusus untuk menggalakkan pelbagai daya usaha yang membawa kepada perubahan positif untuk masyarakat, termasuk belia dan ibu bapa.

“SGPF turut melengkapi skim sedia ada seperti geran Inisiatif ChangeMakers Muda (YCM) Majlis Belia Kebangsaan (NYC) dan Dana Belia Kebangsaan (NYF).

“Kami akan mengkaji semula kesan SGPF dalam memangkinkan projek yang menyokong warga aktif, sebelum mempertimbangkan untuk membesarkannya,” kata Cik Low.

Permohonan untuk ‘Seed Tier’ dan ‘Sprout Tier’ akan bermula dari 1 April menerusi Portal OurSG Grants, manakala permohonan untuk ‘Scale Tier’ akan dibuka pada Julai.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg