Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Desmond: Patung di Fort Canning iktiraf legasi negara penjajah bangun S’pura

Jul 3, 2024 | 4:38 PM
Patung Sir Stamford Raffles (kiri) dan Dr Nathaniel Wallich yang didirikan di Fort Canning Park.
Patung Sir Stamford Raffles (kiri) dan Dr Nathaniel Wallich yang didirikan di Fort Canning Park. - Foto ST

Patung Sir Stamford Raffles dan Dr Nathaniel Wallich di Fort Canning Park mengiktiraf legasi penjajah yang negara ini telah “dibangunkan, disesuaikan dan diubah untuk membawa Singapura kepada tahapnya kini”, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, pada 2 Julai.

Menyebut hal ini sebagai “pandangan jelas terhadap masa lampau penjajah kita”, Encik Lee juga memetik contoh sistem pentadbiran, kehakiman dan politik Singapura – termasuk Parlimen, yang berdasarkan model Westminster – sebagai institusi semasa yang boleh dikesan kembali kepada era penjajah British.

Dalam satu jawapan bertulis kepada soalan parlimen oleh Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Cik Usha Chandradas, beliau berkata:

“Kami tidak memuliakan atau meraikan (sejarah itu). Namun, kita akui bahawa ia adalah fasa sejarah kita, yang menjangkau jauh 700 tahun sebelum era penjajahan – seperti yang kita lihat dalam Bicentennial.”

Cik Usha bertanya mengenai asas dua patung tokoh penjajah tersebut di Canning Rise pada Mei.

Karya seni itu, bertajuk Scholars In Conversation: Sir Stamford Raffles & Dr Nathaniel Wallich, disumbangkan alumni Universiti East Anglia di Singapura, dan diterima oleh Lembaga Taman Negara (NParks), yang menyelenggara Fort Canning.

Patung tersebut telah mencetuskan kemarahan sesetengah pihak yang mengatakan ini bertentangan dengan gerakan untuk membongkar, bahkan menggulingkan, monumen tokoh kolonial.

“Kita tidak perlu takut dengan masa silam. Kita seharusnya boleh memandang kembali (masa silam itu) dengan mengambil kira semua yang kita telah capai bersama sejak kemerdekaan sebagai sebuah rakyat dan negara, dan rasa yakin dengan pengetahuan bahawa kita terus mengukir nasib kita sendiri dan menempa masa depan kita,” ujarnya.

Sungguhpun Singapura mempunyai sejarah yang panjang, tugu terhadap tokoh sebelum penjajahan British di sini hampir tidak wujud.

Sumbangan Raffles dan Wallich “meletakkan asas untuk penemuan botani dan sains di Singapura dan seterusnya”, kata Encik Lee, dan patung tersebut memperingati warisan ini dan membolehkan pengunjung mengetahui lebih lanjut tentang perkara ini.

Beliau menyatakan sumbangan mereka melangkaui penubuhan taman botani dan taman percubaan pertama pada 1822 kepada arkib negara.

Koleksi lukisan milik Raffles mengenai sejarah semula jadi berfungsi sebagai rekod terhadap biodiversiti Asia Tenggara pada 1800-an.

Wallich juga mencatatkan dan menyimpan rekod lebih daripada 20,000 spesimen, dan kebanyakan daripadanya kini ditempatkan di Herbarium Taman Botani Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg