Di sebalik janaan tenaga S’pura...

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Di sebalik janaan tenaga S’pura...

Pameran foto ‘Invisible Power. Visible Impact.’ di Bugis Junction papar lebih 30 gambar rakaman tiga jurugambar tempatan 
Jan 20, 2026 | 5:30 PM

Di sebalik janaan tenaga S’pura...

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Pameran foto ‘Invisible Power. Visible Impact.’ di Bugis Junction, tenaga, EMA
Orang ramai meninjau pameran foto “Invisible Power. Visible Impact.”, yang dibuka di Bugis Junction pada 19 Januari. - Foto ST

Sebuah pameran yang mempamerkan kerja-kerja tersembunyi di sebalik bekalan tenaga Singapura telah dibuka di Bugis Junction pada 19 Januari, menampilkan hasil fotografi oleh tiga jurugambar tempatan.

Bertajuk Invisible Power. Visible Impact., pameran ini menampilkan lebih 30 keping gambar hasil petikan Cik Amrita Chandradas, Encik Lee Aik Soon dan Encik Lee Yik Keat.

Pameran hasil tugasan Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) ini merupakan pameran fotografi sulung agensi tersebut yang memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat secara dekat prasarana serta individu yang berperanan dalam memastikan keperluan tenaga harian negara dapat dipenuhi.

Dalam siri beliau bertajuk Currents Of Light, Cik Chandradas mendokumentasikan Ladang Suria Terapung Sembcorp Tengeh di Takungan Tengeh, merakam lebih 122,000 panel suria terapung yang meliputi kawasan permukaan air seluas 45 hektar. 

Ladang Suria Terapung Sembcorp Tengeh menjana tenaga elektrik yang cukup untuk membekalkan kuasa kepada sekitar 16,000 flat empat bilik setiap tahun.
Ladang Suria Terapung Sembcorp Tengeh menjana tenaga elektrik yang cukup untuk membekalkan kuasa kepada sekitar 16,000 flat empat bilik setiap tahun. - Foto AMRITA CHANDRADAS

Ladang suria itu menjana tenaga elektrik bersih yang dapat membekalkan kuasa kepada sekitar 16,000 flat empat bilik setiap tahun.

“Rasanya seperti menyaksikan permulaan hari baru, bukan sahaja untuk kita, tetapi juga untuk tenaga yang menyokong kehidupan kita,” kata Cik Chandradas dalam satu hantaran Instagram.

Dalam siri Singapore’s Nocturnal Pulse & Sustainable Dawn, Encik Lee Aik Soon pula menumpukan perhatian kepada Terminal Gas Asli Cecair (LNG) Singapura di Pulau Jurong.

Gambarnya memperlihatkan bagaimana LNG tiba dari seluruh dunia menggunakan kapal besar, disimpan, ditukar semula kepada bentuk gas, dan disalurkan ke loji janakuasa untuk menghasilkan elektrik.

Sekitar 95 peratus elektrik Singapura dijana menggunakan gas asli import.

Gas asli cecair (LNG) tiba dari seluruh dunia menggunakan kapal, dan disimpan di Terminal LNG Singapura. Ia kemudiannya ditukar kembali kepada bentuk gas, dan disalurkan ke loji janakuasa untuk menghasilkan tenaga elektrik.
Gas asli cecair (LNG) tiba dari seluruh dunia menggunakan kapal, dan disimpan di Terminal LNG Singapura. Ia kemudiannya ditukar kembali kepada bentuk gas, dan disalurkan ke loji janakuasa untuk menghasilkan tenaga elektrik. - Foto LEE AIK SOON

Dalam The Invisible Force, Encik Lee Yik Keat merakam prasarana grid kuasa SP Group, memaparkan pengubah elektrik dan penjana elektrik, serta seekor anjing robotik yang digunakan untuk pemeriksaan terowong.

SP Group membekalkan elektrik kepada kira-kira 1.7 juta rumah dan perniagaan di Singapura.

Setiap jurugambar turut mempamerkan satu siri imej yang menawarkan tafsiran gaya hidup peribadi mereka tentang makna tenaga.

Kakitangan SP Group menjalankan pemeriksaan terowong kabel elektrik dengan bantuan anjing robotik.
Kakitangan SP Group menjalankan pemeriksaan terowong kabel elektrik dengan bantuan anjing robotik. - Foto LEE YIK KEAT

Melalui gambar-gambar tersebut, EMA berhasrat untuk memperdalam pemahaman orang ramai mengenai peralihan Singapura ke arah masa depan tenaga yang bersih, boleh dipercayai dan mampu dimiliki. 

Ketua Pegawai Eksekutif EMA, Encik Puah Kok Keong, berkata: “Kisah tenaga negara kita adalah kisah ketahanan dan transformasi, dibina atas dedikasi ramai individu yang bekerja di sebalik tabir. 

“Pameran ini menonjolkan usaha-usaha di sebalik tabir dalam membekalkan tenaga untuk kehidupan seharian kita, sambil kita melangkah ke arah masa depan tenaga yang bersih dan terjamin.”

Pameran ini dibuka kepada orang ramai di Bugis Junction sehingga 25 Januari, dari 10 pagi hingga 10 malam.

Tiada bayaran dikenakan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg