Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Diskaun barangan jenama FairPrice sempena SG60

Mar 7, 2025 | 3:28 PM
Sepanjang kempen, ‘FairPrice Best Sellers for Less’, barang keperluan makanan dan minuman, snek serta produk dapur dan bilik mandi di bawah jenama FairPrice akan ditawarkan pada harga diskaun sempena sambutan ulang tahun ke-60 Singapura (SG60).
Sepanjang kempen, ‘FairPrice Best Sellers for Less’, barang keperluan makanan dan minuman, snek serta produk dapur dan bilik mandi di bawah jenama FairPrice akan ditawarkan pada harga diskaun sempena sambutan ulang tahun ke-60 Singapura (SG60). - Foto FAIRPRICE GROUP

Pembeli di FairPrice, boleh menikmati diskaun untuk lima jenama sendiri pasar raya itu setiap minggu sepanjang 12 minggu dari 6 Mac hingga 28 Mei.

Dalam satu kenyataan pada 7 Mac, FairPrice Group berkata kempen itu adalah sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-60 Singapura (SG60).

Sepanjang kempen, ‘FairPrice Best Sellers for Less’ itu, barang keperluan seperti makanan, minuman, snek serta produk dapur dan bilik mandi di bawah jenama sendiri pasar raya itu akan ditawarkan pada harga diskaun.

Pada minggu pertama, jenama FairPrice minyak canola, beras wangi putih Thai, tisu tandas dua lapis, kepak ayam panggang, dan kerepek tortilla akan ditawarkan dengan diskaun hingga 36 peratus, lapor The Straits Times.

Ketua Eksekutif FairPrice Group, Encik Vipul Chawla, berkata: “Kami ingin menghargai kepercayaan rakyat Singapura terhadap jenama kami dengan menawarkan yang terbaik, memastikan semua orang dapat barang yang mereka perlukan untuk menyambut SG60 bersama.”

Terdapat lebih 3,500 produk jenama FairPrice, termasuk Golden Chef dan Delicato.

Maklumat lanjut mengenai promosi SG60 FairPrice boleh didapati melalui pautan, https://www.fairpricegroup.com.sg/sg60/

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg