FairPrice beri pek Ramadan kepada lebih 1,300 keluarga memerlukan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

FairPrice beri pek Ramadan kepada lebih 1,300 keluarga memerlukan

Mar 4, 2025 | 5:46 PM

FairPrice beri pek Ramadan kepada lebih 1,300 keluarga memerlukan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Pek bantuan Yayasan FairPrice mengandungi makanan asas seperti bijirin, susu soya, tuna dalam tin dan kurma.
Pek bantuan Yayasan FairPrice mengandungi makanan asas seperti bijirin, susu soya, tuna dalam tin dan kurma. - Foto FAIRPRICE GROUP

Mulai 4 Mac, lebih 1,300 keluarga Islam yang memerlukan akan menerima pek bantuan Ramadan bernilai $40 setiap satu.

Ditaja Yayasan FairPrice, pek itu mengandungi makanan asas seperti bijirin, susu soya, tuna dalam tin dan kurma bagi memastikan keluarga yang menerimanya mendapat makanan berkhasiat untuk sahur.

Pengagihan bermula di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central di Ang Mo Kio, pada 4 Mac, dan akan diteruskan sepanjang Ramadan di ITE Kolej Timur (Simei) dan ITE Kolej Barat (Choa Chu Kang).

Keluarga yang layak juga boleh mendapatkan pek bantuan di Pusat Satelit Mendaki di seluruh Singapura, lapor The Straits Times (ST).

Pada 3 Mac, sukarelawan daripada FairPrice Group dan Mendaki menyediakan sekitar 1,500 pek untuk diagihkan.

Inisiatif itu adalah sebahagian daripada usaha FairPrice untuk membantu rakyat Singapura yang memerlukan, kata Pengurus Besar Yayasan FairPrice, Cik Jean Khong.

Pada 6 Mac, sebanyak 200 lagi pek bantuan akan diberikan kepada keluarga Islam yang memerlukan dalam majlis berbuka puasa anjuran FairPrice dan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg