Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, telah bertemu dengan Putera Brunei, Putera Abdul Mateen Bolkiah, semasa hari terakhir kunjungan Encik Gan ke Brunei pada 1 Oktober.
Sebelum itu, beliau turut dijemput bersarapan bersama Menteri Kesihatan Brunei, Dato Dr Isham Jaafar, serta jamuan tengah hari bersama Putera Mahkota Brunei merangkap Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri, Putera Al-Muhtadee Billah.
Lawatan rasmi yang berlangsung sejak 30 September itu merupakan kunjungan sulung Encik Gan selaku Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perusahaan.
Semasa lawatan itu, Encik Gan juga berkesempatan bertemu Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan pemimpin perdagangan pada 30 September.
Pada hari yang sama, beliau turut menghadiri majlis jamuan malam yang dihoskan oleh Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dan Ekonomi II, Dato Dr Awang Haji Mohd Amin Liew.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg