Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

DPM Gan temui Gabenor Guangdong

Sep 1, 2025 | 8:32 PM
Gan Kim Yong, Wang Weizhong, guangdong, singapore
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong (kiri), bersama Gabenor Guangdong, Encik Wang Weizhong, mengesahkan semula kerjasama ekonomi kukuh serta hubungan erat antara Singapura dengan wilayah Guangdong pada 1 September. - Foto MDDI

Kerjasama ekonomi yang kukuh dan hubungan erat antara Singapura dengan wilayah Guangdong di China dipertingkat melalui kunjungan Timbalan Perdana Menteri Singapura, Encik Gan Kim Yong, bagi menemui Gabenor Guangdong, Encik Wang Weizhong, pada 1 September.

Encik Gan, yang juga Menteri Perdagangan dan Perusahaan, telah mengesahkan semula jalinan antara Singapura dengan Guangdong serta masyarakat di kededua negara dan wilayah melalui lawatan tersebut.

“Guangdong merupakan rakan perdagangan utama Singapura di China selama 36 tahun berturut-turut.

“Di samping aspek perdagangan, kerjasama erat ini turut berkembang kepada sektor lain termasuk pengeluaran lanjutan, ekonomi digital, perlindungan hak harta intelek, pendidikan dan penjagaan kesihatan,” kata Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam satu kenyataan pada 1 September.

Semasa lawatan itu, Encik Gan turut meninjau Bandar Ilmu Guangzhou China-Singapura (CSGKC), projek dua hala peringkat negara, yang menyambut ulang tahun ke-15.

Di situ, Encik Gan turut mengunjungi Institut Penyelidikan Terjemahan dan Inovasi Universiti Nasional Singapura (NUS) Guangzhou, Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Fintech Global DBS dan syarikat pemula teknologi pertanian, Singrow.

Kededua Encik Gan dan Encik Wang sependapat bahawa CSGKC akan terus berfungsi sebagai tapak uji berguna bagi pembangunan teknologi baru serta menyokong perkongsian ilmu antara kedua-dua lokasi tersebut.

Lawatan itu merupakan sebahagian kunjungan kerja Encik Gan selama lima hari ke China sejak 31 Ogos.

Sepanjang perjalanan itu, beliau dijadual bertemu pemimpin kanan China dan Parti Komunis China yang memerintah bagi “meneroka laluan baru demi mengukuhkan perkongsian dua hala, di samping bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa,” jelas Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Ini merupakan lawatan sulung beliau ke negara itu sejak memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Mei 2025.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg