Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, dan isteri, menghadiri Jamuan Diraja untuk meraikan hari jadi ke-78 Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, di Istana Nurul Iman, pada 16 Julai 2024.
Sebelum ini, Encik Heng telah menyampaikan ucapan selamat hari jadi daripada pemimpin Singapura kepada Sultan Hassanal Bolkiah.
Di samping menjadi wakil Singapura di majlis hari jadi itu, Encik Heng turut mengambil kesempatan lawatan itu untuk menguatkan lagi hubungan antara kedua-dua negara.
Encik Heng menemui Sultan Hassanal Bolkiah untuk membincangkan mengenai komitmen kedua-dua negara dalam mengukuh hubungan dan meningkatkan kerjasama dalam bidang seperti daya tahan makanan, tenaga boleh diperbaharui dan kemampanan.
Beliau juga menemui Putera Mahkota Brunei, Putera Al-Muhtadee Billah, yang juga Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri Brunei, membincangkan mengenai kepentingan mengeratkan ikatan antara generasi muda Singapura dengan Brunei.
Antara lain, lawatan itu juga diadakan untuk meraikan ulang tahun ke-40 penubuhan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara pada 2024.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg