Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Tahun Baru 2024 bawa harapan, kepimpinan baru: PM Lee

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tahun Baru 2024 bawa harapan, kepimpinan baru: PM Lee

[ο] Gesa warga terus bersatu padu, beri sokongan kepada
DPM Wong dan pasukan 4G
[ο] Di tengah-tengah ketegangan geopolitik, kos sara hidup lebih tinggi, S’pura masih ada sebab taruh harapan dan berasa yakin, kata PM Lee dalam Amanat Tahun Baru 2024
Dec 31, 2023 | 06:05 PM



Walaupun Singapura boleh menjangkakan cabaran terhadap keselamatan dan kemakmurannya dalam tahun-tahun mendatang, masih terdapat banyak sebab untuk warga menaruh harapan dan keyakinan pada 2024, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dalam Amanat Tahun Barunya.

Kemajuan teknologi yang pesat dijangka memanfaatkan perniagaan dan rakyat manakala pemerintah akan terus menyokong pekerja supaya mereka terus diambil bekerja dan berdaya saing, menurut Encik Lee.

Dalam amanatnya itu, beliau turut menggesa warga Singapura supaya bersatu hati apabila peralihan pucuk pimpinan berlaku dengan Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, menggantikan tempatnya.

Kata Encik Lee, meskipun ini bukan kali pertama peralihan kepimpinan berlaku, beliau mengingatkan bahawa ia merupakan perkara rumit yang akan diteliti oleh banyak pihak.

“Untuk beberapa tahun mendatang, kita harus menjangkakan keadaan persekitaran luaran yang kurang menarik yang mungkin akan menjejas keselamatan dan kemakmuran negara kita. Keadaan geopolitik yang tidak menentu akan terus membebankan ekonomi global,” ujar beliau.

Menurutnya, isu serantau seperti ketegangan serta risiko persaingan menuntut hak kedaulatan di Laut Cina Selatan boleh menjejas tahap keyakinan di rantau ini serta pertumbuhan ekonomi kita.

“Namun, kita juga ada sebab untuk menaruh harapan dan berasa yakin. Kemajuan teknologi yang pesat, terutama sekali dalam kecerdasan buatan dan robotik, menawarkan potensi yang besar untuk perniagaan-perniagaan dan rakyat kita.

“Pemerintah akan bekerja rapat dengan perniagaan-perniagaan untuk mengubah dan meningkatkan operasi mereka, serta bekerjasama dengan rakan perikatan tiga pihak kami untuk memberi sokongan kepada setiap rakyat Singapura bagi meningkatkan kemahiran dan mempelajari kemahiran baru agar semuanya dapat membangunkan kerjaya mereka secara aktif dan memastikan mereka terus dapat diambil bekerja dan berdaya saing,” kata Encik Lee.

Encik Lee juga menyeru warga agar terus bersatu padu dan memberi sokongan kepada Encik Wong dan pasukan 4G, apabila beliau mengambil alih sebagai Perdana Menteri nanti.

“Ini bukan peralihan kepimpinan pertama yang kita lalui. Namun begitu, proses peralihan sentiasa perlu dikendalikan dengan bijaksana. Singapura akan berada di bawah pengawasan rapi.

“Orang sekeliling, baik dekat dan jauh, akan memerhatikan bagaimana para pemimpin baru mengeratkan hubungan dengan rakyat Singapura, dan sama ada negara kecil kita ini mampu kekal berjaya dan luar biasa,” ujar beliau.

Lantaran itu, beliau menggesa warga Singapura bersatu padu dan memberikan sokongan penuh kepada Encik Wong dan pasukan 4G-nya.

“Bekerjasama dengan mereka demi membina sebuah negara yang lebih bertenaga dan inklusif, adil dan berdaya saing, serta berdaya tahan dan bersatu padu. Beginilah caranya kita mengharungi krisis demi krisis dengan baik, dan beginilah juga caranya kita harus mengatasi cabaran-cabaran yang mendatang,” tekan beliau.

Menyifatkan 2023 sebagai tahun yang mencabar ekoran ketegangan geopolitik dan kos sara hidup lebih tinggi, Encik Lee berkata Singapura berjaya mengelak daripada kemelesetan ekonomi dengan pertumbuhan 1.2 peratus.

Pada 2024, ekonomi Singapura diramalkan tumbuh 1 hingga 3 peratus.

Menyentuh tentang kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Januari, Encik Lee berkata sumber hasil negara tambahan ini akan membantu pemerintah menampung perbelanjaan penjagaan kesihatan yang kian meningkat sedang penduduk kita semakin menua. 

Bagi mengurangkan kesan kenaikan GST, keluarga akan tetap menerima Pakej Jaminan pada 2024. 

“Masa hadapan mungkin kurang menentu, tetapi matlamat kita jelas. Saya menyeru agar setiap rakyat Singapura bersatu hati dalam mencapai aspirasi kita demi menjamin masa hadapan yang cerah untuk Singapura,” tambah Encik Lee. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >